multilevel menu

Bagaimana Ingin Menangani Stress?

Apa itu stress ?
Stress = tekanan perasaan

Siapa yang mudah terdedah kepada stress ?
1. Individu yang suka bersangka buruk
2. Kaki gaduh
3. Kerap runsing
4. Terlalu serius
5. Tidak baik dengan rakan sepejabat ( dan jiran )

Punca stress pula adalah dari :
1. Punca dalaman ( hati yang kotor,ingkar )
2. Pegangan hidup yang negatif
3. Pengurusan kendiri yang lemah ( selalu tidak cukup masa, banyak kerja, melawan ketua dan suka mencari kelemahan orang bagi menutup kelemahan diri )

Individu yang mengalami stress akan :
1. Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa, hampa, suka-duka bersilih
ganti.
2. Gemar menyendiri
3. Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
4. Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
5. Kurang kreativiti
6. Pelupa
7. Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
8. Merokok
9. Makan berlebihan atau tiada selera makan
10. Lewat melakukan sesuatu
11. Berubah perlakuan memandu


Cara untuk menangani stress :
1. Solat 5 waktu jangan tinggal sebaik-baiknya berjemaah
2. Ambil wudhu
3. Banyakkan membaca Al-Quran, hayati maknanya
4. Banyakkan memakan buah-buahan (Contohnya limau kerana mengandungi Vitamin C)
5. Kurangkan makan daging merah, amalkan makan daging putih.
6. Amalkan teknik urutan
7. Mandi sebaik-baiknya air suam bukan air panas. Amalkan menggunakan aroma terapi seperti bau-bauan yang wangi seperti mandi.
8. Berbincang ceritakan masalah anda kepada orang yang boleh anda percayai. Jangan ceritakan kepada orang yang tidak pandai menyimpan rahsia.

9. Melihat bintang-bintang peliharaan (tengok ikan di dalam akuarium)

10. Menangis, ambil masa yang sesuai untuk menangis. Apbila solat pada waktu malam (tahajud)
11. Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi perasa tiruan.
12. Amalkan teknik 'physical relaxation'

13. Melihat pemandangan sekeliling, melihat tumbuhan hijau.
14. Menyanyi tetapi tidak menganggu orang disekeliling anda.
15. Mendengar ceramah-ceramah agama.
16. Buka tingkap bilik benarkan cahaya matahari masuk dan udara bersih masuk ke dalam bilik.
17. Minum air kosong dengan banyak sebaik-baiknya 1.2L @ 3.4L sehari.
18. Hubungi @ telefon kedua ibu bapa. Bercakap dengan mereka.
19. Letak gambar ibu bapa di atas meja. Simpan gambar mereka di dalam dompet, lihat gambar mereka ketika stres.
20. Dengar muzik yang merdu seperti nasyid.
21. Apabila tension sentiasa senyum, jangan pilih untuk marah.
22. Ambil masa untuk bersendirian.
23. Mengimbas kembali kenangan-kenangan manis sewaktu kecil dahulu. Kalau ada barang-barang kenangan yang begitu berharga dan mempunyai sejarah tersendiri, sila tengok.
24. Memakai pakaian yang berwarna ceria.
25. Perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya memberi ketenangan dan meredakan kemarahan. Maafkan semua orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan