multilevel menu

Ahad, 13 Januari 2019

Cabaran Kurus Bersama Shake Me - Part 1

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk Aisyah kongsi rahsia Aisyah turun berat badan dari 71kg kepada 59kg bersama Shake Me. Pada mulanya Aisyah dah putus asa juga nak turun berat badan, sebab dah diet macam-macam tapi tak turun-turun. Dari situ lah Aisyah belajar, semua orang boleh berdiet tapi kalau diet tak betul, memang tak akan jadi. So kali ni Aisyah bongkorkan rahsia kurus Aisyah yea.

Sebenarnya Aisyah start berdiet dengan Shake Me ni masa bulan June hingga August 2018 sebab masa itu mentor ada buka pertandingan Cabaran Kurus Bersama Shake Me. Aisyah pernah amalkan Shake Me ni tapi tak ada perubahan masa itu. Rupanya cara pengambilan tak betul, patutlah tak menjadi. Ok sebelum Aisyah cerita lebih panjang lagi, Aisyah nak u all tahu apa itu Shake Me? Bila u all dah tahu baru mudah faham perkongsian Aisyah seterusnya.


Apa itu Shake Me?

SHAKE ME merupakan produk baru yang diperkenalkan oleh Sahajidah Hai O Marketing bermula 1 September 2016. Ianya sejenis minuman kesihatan yang dirumus khas mengandungi 3 bahan utama iaitu PROTEIN SOYA, GARAM BULUH DAN L-CARNITINE sejenis ejen pembakar lemak – sesuai sangat untuk semua individu yang ingin menurunkan berat badan.




KENAPA PROTEIN SOYA?

5 Sebab mengapa Protein merupakan pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan:

1. Penyerapan protein di dalam badan lebih konsisten menyebabkan badan "feel satisfied"
2. Kombinasi hidangan tinggi protein dengan karbohidrat (sayur-sayuran, ubi kentang) menghalang penyerapan gula dalam badan dengan agresif
3. Makanan yang tinggi protein merangsang pembakaran kalori dengan lebih tinggi dalam badan jika dibandingkan dengan lemak.
4. Protein bertindak sebagai "fuels" (bahan api) untuk membakar lemak
5. Protein merupakan komponen utama dalam pembentukan dan pemulihan otot terutama semasa dan selepas bersukan, senaman ataupun aktiviti fizikal

KEISTIMEWAAN SHAKE ME:

1. Rendah kalori - 90kCal / Hidangan
2. Tinggi dalam Protein dan Serat
3. Sumber kalsium dan Magnesium
4. Diperkaya dengan Garam Buluh, L-Carnitine, vitamin dan mineral.
5. Tiada gula tambahan
6. Tiada bahan pengawet
7. Tiada pewarna sintetik
8. Pilihan terbaik untuk membekalkan tenaga, menjaga kesihatan, tumbesaran sihat dan PELANGSINGAN BADAN.
9. Sesuai untuk seisi keluarga 


Shake Me berkonsep 3M :
✅ Mineral
✅ Metabolisme
✅ Maintenance 


Mineral
Diperkaya dengan gram buluh, vitamin dan mineral termasuk Vitamin A, Vitamin B complex, Vitamin C, kalsium, magnesium, zat besi, zink dan lain-lain. Juga membekalkan nutrien harian yang diperlukan. 


Metabolisme
Diet kaya protein meningkatkan metabolisma, mengurangkan hormon lapar lalu mengurangkan selera makan. Membantu menggalakkan pembakaran lemak. Pilihan terbaik sebagai meal replacement. 


Maintenance 
Asid amino adalah bahan asas ( building block ) untuk sel badan, hormon, enjin & antibodi. Mengandungi protein dari soya, kacang & oat. 


Nampak tak, bila badan berisi kalau nak bergambar mesti nak menyelit belakang orang, supaya nampak kurus. Kalau u all nak tahu time ni berat dah 71kg, rasa tak berani nak timbang selalu. Diet itu jangan cakap siap ajak suami pergi pasaraya beli oat untuk org diet, minum dengan susu low fat yang tak rasa apa. Nak telan tu terkulat-kulat sebab rasa kosong betul. Boleh tahan seminggu je diet macam itu, selebihnya ke laut. hehehe.

Masa Aisyah bermula June itu, kebetulan masa itu bulan puasa so sebenarnya lagi mudah dan cepat untuk kita turun berat badan kita.  Aisyah sahur ambil Shake Me 1 sachet dengan 1/2 sachet Min Kaffe. Alhamdulillah mengenyangkan dan tak lesu badan ni sepanjang seharian kita berpuasa. Then Aisyah buka puasa Aisyah hanya ambil satu senduk nasi je. Senang cakap nak turunkan berat badan ni, air manis tinggalkan sementara waktu.

Aisyah memang tak ambil langsung makanan fast food sebab Aisyah nak try cabar diri turun kilo dalam masa tiga bulan ni.  Bagi u all yang nak start diet mungkin akan rasa stress untuk tinggal semua kesukaan makanan u all, tapi percayalah bila u all dah biasa amalkan gaya hidup sihat u all secara automatik tak terasa nak ambil makanan yang tinggi kalori.



Dalam tempoh tiga bulan tu memang Aisyah akan jaga kalori pemakanan yang Aisyah ambil. Tapi bila sarapan pagi dan malam kalori Aisyah ambil amat rendah. Sebab Shake Me ni minuman yang mengandungi 90kcl satu sachet. So kat situ pagi dan malam dah tahu kalori kita ambil.

Bulan puasa juga bulan mencabar untuk u all nak diet sebab bila pergi bazar rasa semua makanan sedap  kan. So Aisyah selalu akan buat bajet berapa ringgit untuk bawa ke bazar. Tapi selalunya Aisyah akan beli kuih muih je. Lauk dah siap masak kat rumah. Orang buka nasi, Aisyah sudah tentu bancuh Shake Me dan Min Kaffe untuk kenyangkan perut. Jangan biarkan perut kita kosong tau, walaupun u all dalam proses berdiet.

Mesti u all nak tahu pula bagaimana Aisyah kawal nafsu makan semasa musim raya kan, so nak tahu tunggu Part 2 yea. Jangan risau Aisyah akan kongsi rahsia ni selama 3bulan Aisyah sertai Cabaran Kurus Bersama Shake Me ni. Sabar yea pembaca blog Aisyah semua :-)