multilevel menu

Isnin, 8 Oktober 2018

Resepi Telor Gulung Jepun

Hari ni tekak ni tiba-tiba nak breakfast ala-ala Jepun pula. Asyik makan nasi goreng, nasi lemak je kan. Itu yang kali ni Aisyah mencuba masakan Jepun yang diberi nama Telur Gulung Jepun. Sebenarnya tak susah nak buat resepi ni, antara bahan-bahannya :-

* 5 biji telur
* 1/2 biji lobak merah
* Sosej
* Bawang goreng
* Anchor Cheese
* Garam dan serbuk perasa (terpulang pada citarasa anda)



Aisyah kongsikan video cara membuatnya, lagi mudah u all nak faham. Tak susah pun nak membuatnya, seronok sesekali tukar selera makan ala-ala Jepun sedap juga.

Akhirnya siap juga telor gulung ala-ala Jepun ni.

Macam Aisyah nak tambah rasa sedap itu, Aisyah letak sos dan Mayonnaise di atasnya.

Hilang terus rasa penat bila lihat anak-anak makan dengan enaknya.
Nak lagi rasa nikmat tak terkata, bancuh dengan Min Kaffe, kopi campuran garam buluh yang kurang kaffien bersama Telor Gulung Jepun, pehhhh terangkat habis. Min Kaffe itu boleh diberi direct dengan Aisyah, free postage Aisyah berikan untuk u all :-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan