multilevel menu

Khamis, 18 Oktober 2018

Premium Beautiful Expert Jalan Jalan sekitar Kuala Lumpur

Minggu ni Aisyah nak update aktiviti Aisyah untuk peminat blog Aisyah ni. Terima kasih u all yang sudi membaca entry dalam blog ni. Setiap minggu Aisyah akan ada aktiviti jauh sikit dari rumah, sebab customer yang Aisyah fiting kan yang jauh dari kawasan rumah masa yang terluang mereka ada hujung minggu. So minggu ni, Aisyah jelajah area Kuala Lumpur ditemani suami dan anak-anak.
Pertemuan Aisyah dan rakan kongsi Aisyah yang berada di Terengganu ni memang tak rancang pun, kebetulan dia datang Kuala Lumpur untuk merawat adiknya, so Aisyah pula ada urusan di sana so memang Aisyah akan curi sedikit masa untuk share kan sedikit ilmu yang mentor Aisyah berikan. Tiada mentor yang tak suka lihat kejayaan rakan kongsinya. Bagi Aisyah jarak bukan penghalang untuk berjaya dalam bisnes ni sebab banyak cabang media sosial untuk kita berhubung. Tindakan itu yang penting untuk berjaya.


Habis je jumpa rakan kongsi Aisyah ni, anak-anak mulalah rasa lapar, baru perasan masa itu dah time lunch. Apabila dah syok bekerja sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali.




Bila anak-anak dah pandai main gajet, macam nilah jadinya. Masing-masing ber'posing' dan buat memek muka. Bila tengok dalam galeri handphone penuh gambar-gambar memek muka diorang ni. Sabar je lah layan kerenah anak-anak ni. Yang penting anak-anak happy.
Habis je segala urusan bisnes, suami terus mengajak Aisyah dan anak-anak berjalan kat sini. First time Aisyah berjalan kat area Centrel Market, Kuala Lumpur ni. Cantik sangat view kat sini, so anak-anak pun suka berjalan kat sini.


Dalam Pasar Seni ni pun cantik sangat, banyak kedai baju batik, cenderamata semua. Senang cakap ramai pelancong juga yang berkunjung di sini.
Comel tak instagram ni, muat-muat untuk bergambar seorang kat sini. Hihihi.
Berjalan kat mana-mana mesti ada je paparazzi.
Mereka berdua sibuk memilih menu ikut kesukaan mereka, sejak dah besar ni memang tak ada Aisyah buat pilihan mereka, memang mereka cakap nak pilih sendiri punya.
Si adik ni memang tak ada bagi chance untuk abang dia duduk sebelah Aisyah. Mesti dia kan cakap abang duduk dengan abah.



View kat sini macam ala-ala duduk oversea kan. Cantik-cantik belaka semua pemandangan kat sini.










First time ni jejak kaki kat Dataran Kuala Lumpur ni. Kalau suami tak ajak memang tak ada lah Aisyah nak datang sini saja-saja.
Wajah-wajah kesayangan Aisyah dikala suka dan duka.
Lepak kat Dataran Kuala Lumpur masa ni.








Berasap-asap sungai itu kan, tapi memang cantik pemdangan malam juga.


Si abang dan si adik request nak main buih belon ni kat Dataran Kuala Lumpur.


Si adik ni pantang nampak buku, Aisyah masuk 7Eleven nak beli air, si adik sibuk belek buku. Bila dah beli ke main, tengah makan pun mesti belek buku dia je tu. Dah besar nanti jadi ulat buku macam abahnya ni. Gaya dah sama dah ni :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan