multilevel menu

Selasa, 23 Oktober 2018

Premium Beautiful Untuk Orang Kurus

SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN PREMIUM BEAUTIFUL KORSET?

KURUS: Semestinya anda yang nak kurus dan nak bentuk badan yang menarik! Untuk yang kurus tu, anda boleh dapatkan curves yang anda idam-idamkan dan naikkan aset-aset anda , dan yang agak chubby atau overweight pulak, Premium Beautiful ni memang boleh membantu untuk mengawal kuantiti makanan kita dan juga memampatkan lemak di badan kita ke tempat yang sepatutnya



TULANG BELAKANG: Untuk yang ada masalah berkaitan tulang belakang - seperti slip disc, lenguh-lenguh , bongkok, sakit belakang kesan bersalin dan mengambil epidural, scoliosis, Premium Beautiful corset ni membantu untuk menyokong tulang belakang anda , tanpa mengunakan "brace" yang tidak praktikal dan kurang selesa tu. Malah, boleh membantu utuk memperbetulkan postur badan anda!


BERPANTANG: Set berpantang dan bersalin alternatif - terutamanya untuk ibu-ibu yang bakal berpantang sendiri dan tiada masa utuk menggunakan bengkung lilit tradisional. Premium Beatuful dapat membantu ibu-ibu untuk mendapatkan kembali bentuk badan mereka dan membantu untuk membersihkan darah kotor dari dalam rahim dan menaikkan kembali peranakan kita. Dan ibu-ibu masih boleh pakai set Premium Beautiful walaupun selepas pantang!

MASALAH RAHIM: Ramai yag telah mendapat kesan positif untuk masalah dalaman seperti senggugut, cyst, keputihan, susah untuk mendapatkan anak dan lain-lain selepas pemakaian Premium Beautiful secara konsisten. InshaAllah, alternatif yang baik untuk menjaga aset dalaman anda.

NAK KAHWIN: pasti para pengantin inginkan bentuk badan yag tiada berlipat-lipat, serta postur yang cantik di hari bahagia mereka! memang Premium Beautiful mejadi pilihan bakal- bakal raja sehari di luar sana!


Premium Beautiful mempunyai 3 bahagian utama iaitu:

LONG GIRDLE (seluar)
LONG BRA (coli)
WAIST NIPPER (bengkung)

Premium Beautiful bukan hanya boleh menaikkan berat badan yang ideal dan cantikkan bentuk badan tanpa memberi kesan sampingan.

Asyik cerita mak-mak orang je kan, ok ni yang ni anak dara. Simaa ni pakai Premium Beautiful ni sebab terlalu kurus. Kurus sangat pun tak cantik juga kan, tak ada shape dan berat badan kurang ideal. So bila konsisten bersama Premium Beautiful ni terus nampak berat badan yang semakin berisi dengan ketinggiannya. Tiada lagi gelaran TIANG LAMPU. Berat badan Simaa ni dulu berat badan 40kg sekarang 48kg selepas beberapa bulan sarung Premium Beautiful.

Akak ni memang buat pilihan yang bijak dengan sarung premium beautiful. Kan sedap mata memandang. Diri sendiri pun confident je kan. Best nya pakai premium beautiful, set berpantang terbaik! 
Kak Zaza kita ni lagi lah dahlah slim, hari-hari nampak pergi makan je kerjanya. Betul penangan Premium Beautiful ni buatkan orang kurus boleh nampak shape dan berat badan yang ideal.

Jangan Percaya, Sarung kat badan anda terus taknak buka uols






Sampai artis-artis Malaysia pun dah ramai pakai PREMIUM BEAUTIFUL yang famous bertahun-tahun.
OFFER JANGAN LEPASKAN, BAYARAN ANSURAN PUN ADA.
NAK !!!! NAK !!!! BIG OFFER FOR SERIUS BUYER !!!!.

Aisyah Zazuri
014-338 9190


Khamis, 18 Oktober 2018

Premium Beautiful Expert Jalan Jalan sekitar Kuala Lumpur

Minggu ni Aisyah nak update aktiviti Aisyah untuk peminat blog Aisyah ni. Terima kasih u all yang sudi membaca entry dalam blog ni. Setiap minggu Aisyah akan ada aktiviti jauh sikit dari rumah, sebab customer yang Aisyah fiting kan yang jauh dari kawasan rumah masa yang terluang mereka ada hujung minggu. So minggu ni, Aisyah jelajah area Kuala Lumpur ditemani suami dan anak-anak.
Pertemuan Aisyah dan rakan kongsi Aisyah yang berada di Terengganu ni memang tak rancang pun, kebetulan dia datang Kuala Lumpur untuk merawat adiknya, so Aisyah pula ada urusan di sana so memang Aisyah akan curi sedikit masa untuk share kan sedikit ilmu yang mentor Aisyah berikan. Tiada mentor yang tak suka lihat kejayaan rakan kongsinya. Bagi Aisyah jarak bukan penghalang untuk berjaya dalam bisnes ni sebab banyak cabang media sosial untuk kita berhubung. Tindakan itu yang penting untuk berjaya.


Habis je jumpa rakan kongsi Aisyah ni, anak-anak mulalah rasa lapar, baru perasan masa itu dah time lunch. Apabila dah syok bekerja sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali.




Bila anak-anak dah pandai main gajet, macam nilah jadinya. Masing-masing ber'posing' dan buat memek muka. Bila tengok dalam galeri handphone penuh gambar-gambar memek muka diorang ni. Sabar je lah layan kerenah anak-anak ni. Yang penting anak-anak happy.
Habis je segala urusan bisnes, suami terus mengajak Aisyah dan anak-anak berjalan kat sini. First time Aisyah berjalan kat area Centrel Market, Kuala Lumpur ni. Cantik sangat view kat sini, so anak-anak pun suka berjalan kat sini.


Dalam Pasar Seni ni pun cantik sangat, banyak kedai baju batik, cenderamata semua. Senang cakap ramai pelancong juga yang berkunjung di sini.
Comel tak instagram ni, muat-muat untuk bergambar seorang kat sini. Hihihi.
Berjalan kat mana-mana mesti ada je paparazzi.
Mereka berdua sibuk memilih menu ikut kesukaan mereka, sejak dah besar ni memang tak ada Aisyah buat pilihan mereka, memang mereka cakap nak pilih sendiri punya.
Si adik ni memang tak ada bagi chance untuk abang dia duduk sebelah Aisyah. Mesti dia kan cakap abang duduk dengan abah.



View kat sini macam ala-ala duduk oversea kan. Cantik-cantik belaka semua pemandangan kat sini.










First time ni jejak kaki kat Dataran Kuala Lumpur ni. Kalau suami tak ajak memang tak ada lah Aisyah nak datang sini saja-saja.
Wajah-wajah kesayangan Aisyah dikala suka dan duka.
Lepak kat Dataran Kuala Lumpur masa ni.








Berasap-asap sungai itu kan, tapi memang cantik pemdangan malam juga.


Si abang dan si adik request nak main buih belon ni kat Dataran Kuala Lumpur.


Si adik ni pantang nampak buku, Aisyah masuk 7Eleven nak beli air, si adik sibuk belek buku. Bila dah beli ke main, tengah makan pun mesti belek buku dia je tu. Dah besar nanti jadi ulat buku macam abahnya ni. Gaya dah sama dah ni :-)

Isnin, 8 Oktober 2018

Resepi Telor Gulung Jepun

Hari ni tekak ni tiba-tiba nak breakfast ala-ala Jepun pula. Asyik makan nasi goreng, nasi lemak je kan. Itu yang kali ni Aisyah mencuba masakan Jepun yang diberi nama Telur Gulung Jepun. Sebenarnya tak susah nak buat resepi ni, antara bahan-bahannya :-

* 5 biji telur
* 1/2 biji lobak merah
* Sosej
* Bawang goreng
* Anchor Cheese
* Garam dan serbuk perasa (terpulang pada citarasa anda)



Aisyah kongsikan video cara membuatnya, lagi mudah u all nak faham. Tak susah pun nak membuatnya, seronok sesekali tukar selera makan ala-ala Jepun sedap juga.

Akhirnya siap juga telor gulung ala-ala Jepun ni.

Macam Aisyah nak tambah rasa sedap itu, Aisyah letak sos dan Mayonnaise di atasnya.

Hilang terus rasa penat bila lihat anak-anak makan dengan enaknya.
Nak lagi rasa nikmat tak terkata, bancuh dengan Min Kaffe, kopi campuran garam buluh yang kurang kaffien bersama Telor Gulung Jepun, pehhhh terangkat habis. Min Kaffe itu boleh diberi direct dengan Aisyah, free postage Aisyah berikan untuk u all :-)