multilevel menu

Selasa, 11 September 2018

Percutian Bersama Keluarga di Sunway Pyramid

Lama Aisyah tak kongsikan percutian bersama keluarga kan. Kali ni Aisyah memang dah rancang sebulan awal percutian kami sekeluarga memandangkan cuti sekolah yang panjang, kena pula tarikh tersebut hari lahir suami. So memang rancang dengan teliti percutian ni tanpa si dia syak yang bukan-bukan.


Sebelum memulakan perjalanan memang Aisyah akan isi perut dua hero Aisyah ni supaya tak ada lah meragam dalam kereta. Tak sangka pula si abang request sandwich dan si adik makan kentang goreng. Muka si abang sedang menikmati sandwich sampai abah panggil pun tak dengar.



Suami Aisyah ni kalau sarapan mesti pekena Min Kaffe untuk hilangkan rasa ngantuk semasa drive. Min Kaffe ni mudah dibancuh ke mana sahaja, hanya perlu request air panas secawan then letakkan 1sachet Min Kaffe itu ke dalam air tadi, kacau bagi rata then dah boleh minum.

Bila perut semua dah kenyang boleh kita mulakan perjalanan ke destinasi. Aisyah dah siap awal-awal booking Sunway Pyramid Hotel dua minggu awal. Sebelum itu memang dah rancang something surprise untuk birthday boy ni.



Muka anak-anak dah kebosanan duduk dalam kereta. Masa ni kami kat dalam Sunway Pyramid Mall sementara menunggu masa untuk check in.



Sebelum pergi bercuti, memang Aisyah dah siap buat pakatan bersama dengan anak sulung Aisyah, Syahimie. Aisyah pesan dengan dia, nanti Syahimie bawa abah jalan-jalan kat mall sementara tunggu check in bilik tau. Sampai ibu call abah suruh balik bilik baru Syahimie cakap ok tau. Hihihi. Anak dah besar ni senang sikit nak buat pakatan macam ni, sebab mereka senang dirunding.























Aisyah pun cepat-cepat check in hotel untuk hias bilik itu. Sebelum itu memang dah tengok youtube, ambil idea untuk hias bilik ni. Barang-barang memang dah bilik awal sebab tak nak kelam kabut, bunga je Aisyah beli sehari sebelum itu sebab bunga ni Aisyah guna bunga segar. So untuk kekalkan kesegarannya memang kena beli lambat.









Selesai hias bilik, Aisyah call suami minta balik bilik. Suami pada mulanya memang ada rasa curiga juga. Macam pelik pun ada juga. Tapi dia tak berkata apa-apa juga. Mujur dia turutkan je apa yang Aisyah cakap. Sampai je di depan pintu bilik, Aisyah suruh tutup mata sebelum masuk bilik, so suami cakap "Kenapa nak kena tutup-tutup mata ni?"

Aisyah pun cakap "Tutup mata sekejap je, sebelum masuk, jangan buka-buka yea". Suami pun turutkan je. Sekali dia buka mata baru Aisyah dan anak-anak wish "HAPPY BIRTHDAY" kat abahnya. Nampak betul muka terkejutnya.



















Yeahhh!!! Berjaya juga pakatan Aisyah dan anak-anak kali ni. Sebenarnya memang susah juga nak alih pandangan si suami ni, sebab selalu berkepit nak cari helah untuk ke arah lain memang rasa berpeluh juga lah. Aisyah memang teringin nak deco sendiri, sebab bila hasil tangan sendiri memang lagi puas hati bila kita nak rancang sesuatu untuk someone special ni.Ada lagi kejutan yang dijangkan oleh suami ni.







Sebelum keluar makan, sempat lagi kami posing gaya macam ni, bukan senang nak setting gambar yang cantik untuk satu keluarga. Bila ibu dah sedia, si adik pula toleh muka ibu. Kelakar pun ada dengan gelagat anak-anak  ni.





Malam pula kami dinner di SEOUL GARDEN STEAMBOAT dalam Sunway Pyramid Mall. Ke main si abang dan si adik menikmati makanan. Suka tengok diorang makan dengan banyak.






Selepas makan, Aisyah terus que pada staff SEOUL GARDEN STEAMBOAT untuk hantar kek ke meja kami. Best service kat sini, memang tip top kalau nak buat kejutan untuk yang tersayang. Selamat Hari Lahir Sayang dari Aisyah, Syahimie dan Syazwan.





Cantik sangat pemandangan dari bilik kami ni, terus nampak Sunway Lagoon. Anak-anak dah start excited nak terjun air. Maklumlah semalam dah kepenatan round satu mall untuk alih pandangan abahnya.



Sama tak senyuman kami berdua, mestilah sama kan, like mother like son.kikiki.



Aisyah makan ni je. Sedap makan dekat ABC ONE BISTRO ni, tempat bersih, service pun cepat. Memang puas hati.



Sampai tertutup mata Syazwan menikmati roti canai di sini.



Sedap betul tengok Syazwan makan, muka orang tengah lapar macam ni lah gayanya.





Ke main Syahimie sekarang kalau bergambar dah pandai posing.





Habis je sarapan pagi, kami terus ke Sunway Lagoon. Ingatkan kami yang awal, sebab masa kami sampai sana dah pukul 10pagi, ke main beratur panjang walaupun dah beli tiket online.













Sementara nak menunggu suami beratur ke kaunter tiket, ni lah gaya anak-anak kalau duduk berdua. Ada kalanya gaduh, ada kalanya bersuka ria, nama pun budak-budak kan. So Aisyah rasa happy bila tengok orang yang kita happy.

















Bestnya dapat berendam kat dalam air setelah beratur panjang tadi. Nampak tak muka yang lagi happy, anak-anaklah.


Dah puas bermandi-manda, kami tukar baju untuk round area WILDLIFE PARK.























Si suami perhati je gelagat Aisyah dan anak-anak. Suka melayan kerenah mereka ni.
Syahimie cakap "Busuk lah ibu bergambar sebelah kambing ni" Hahahahaha








Ibu suruh makan nasi tak nak, makan ni juga jadi pilihan anak-anak. 














Berada di mana-mana mesti ada paparazi yang mengambil gambar candid Aisyah. Sabar je lah.
Yeahhhh!!! Kami happy sangat dengan short vacation ni :-)
Muka masing-masing penuh kepuasan bermain air sudah, berjalan-jalan satu Sunway Lagoon pun sudah. Ni kali kedua Aisyah dan suami jejak kaki di sini. First time dulu pergi berdua, kali ni berempat. Mana tahu next year berlima pula kan. Hihihihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan