multilevel menu

Khamis, 20 September 2018

Event Red Carpet : Diamond Night 2018

Kali ni Aisyah nak kongsikan apa aktiviti Aisyah lakukan pada Sabtu lepas di Setia City Convention Centre bersama ratu-ratu #No1CertifiedPremiumBeautifulExpert. Alhamdulillah bila kita merancang perjalanan dengan lebih awal, mudah untuk kita sampai ke lokasi dengan masa yang tepat dan tanpa tergopoh gapah.

Sebelum memulakan perjalanan itu Aisyah akan berikan sarapan pagi untuk anak-anak Aisyah supaya apabila mereka dalam kereta akan berada dalam keadaan tenang je. Itu memang cara Aisyah kalau nak ada urusan bisnes kat luar.

Alhamdulillah ngam-ngam Aisyah siap parking kereta mentor Aisyah dah whatsapp tanya dah sampai mana. Sampai je ke lokasi photograher pun dah ready. So lagi mudah kerjanya bila time kami tiba orang masih belum ramai tiba.


Event kali ni untuk meraikan Diamond Sales Manager, Double Diamond Manager dan Car Fund, award company berikan pada semua usahawannya tak pernah tak best dan setiap tahun pasti ada je perubahan yang lagi baik dari sebelum ni. Bertuah sangat-sangat bila Aisyah sendiri berniaga dengan company yang kukuh selama 26tahun dipasaran. Bukan itu saja pasarannya semakin meluas di seluruh Singapura, Brunei dan Indonesia, hebatkan?

Kalau pasal produk SHOM ni semuanya memang best dan kualitinya dijaga dengan baik. Apabila Aisyah sendiri yang jadi pengguna tegar produk hot Premium Beautiful ni memang Aisyah tak nafikan pasarannya tak pernah pupus ditelan zaman, malah setiap hari ada je permintaan dari setiap pelusuk. Memang meniaga online bersama SHOM ni very powerful kalau kena caranya.

Ada gaya model tak? Dulu berangan nak jadi model tapi tak dapat kan, sekali masuk bisnes ni terus dapat jadi model Premium Beautiful. Tak apa orang nak cakap perasan je apa, yang penting suami memahami sudah. 




Muka terlalu excited bila dapat masuk official video company.


Perjuangan dalam dalam bisnes pasti ada cabarannya tapi bila Aisyah sendiri tahu peranan mentor dalam bisnes ni, memang Aisyah akan peluk dia ketat-ketat macam ni sebab tanpa beliau tidak adalah Aisyah di sini sekarang ni.




Wajah-wajah penguat Aisyah dalam mengejar impian dalam bisnes ni.







Ratu-ratu Premium Beautiful yang sungguh gojes sangat.



Abang-abang yang menjadi tulang belakang si isteri dalam bisnes ni.

Ambil mood feeling macam pengantin baru gitu:-)







Sebelum tidur nak belai-belai kulit muka ni dengan set #Infinence 

Penjagaan kulit waktu malam (Pencuci + Toner + Serum + Krim Malam)

Bagi kulit muka jadi mulus gebu dan gebas yang bestnya area hidung kurang blackhead.

Bagi yang kulit sensitif macam Aisyah ni memang tak perlu risau bila menggunakan set #Infinence ni, kalau tak dulu pakai produk lain je muka mulalah naik jerawatlah, muka bengkak sana sini, kulit kusam timbul. Stress makkk😢


Setiap kejayaan seorang isteri pasti ada tulang belakang disebalik kejayaannya. Begitu juga Aisyah, suami banyak membantu Aisyah uruskan anak-anak apabila Aisyah ada urusan bisnes. Terima kasih sayang. Tak apa berkorban sekarang untuk kesenangan masa depan keluarga kita. Tak ada orang yang senang yang tak lalui fasa pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.

Aisyah tak cakap bisnes yang Aisyah buat ni semua indah belaka, sebenarnya banyak juga yang perlu berkorban juga. Kalau makan gaji, kita boleh beri komitmen semua hati, bisnes ni juga perlukan semua hati baru jadi. Aisyah pernah rasa buat dua kerja dalam satu masa, tapi cara kita bahagikan masa amat penting.

Jangan mudah putus asa kalau percubaan pertama gagal. Bangkit cuba dan cuba lagi. Mendaki ke puncak pasti ada cabaran tapi keindahan bila sampai puncak hilang segala pahit getir mendaki itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan