multilevel menu

Isnin, 5 Februari 2018

Premium Beautiful Shah Alam Menuntut Ilmu Berperang

Alhamdulillah hari ni diberi kesihatan yang lebih baik untuk Aisyah berkongsi aktiviti yang Aisyah lakukan semalam di Shah Alam. Boleh dikatakan lebih dari 30orang Premium Beautiful Expert berkumpul di sini untuk mengaut ilmu berperang. Seramnya dengar bisnes Aisyah ni siap nak berperang bagai semua ni. Haaa..ni bukan sebarangan berperang tau. Ni berperang untuk mantapkan lagi ilmu dalam bisnes ni untuk kekalkan income setiap bulan maintain 4angka hingga 5angka.

Ok Aisyah nak story sikit sebelum Aisyah pergi ke kelas semalam, macam-macam juga halangan yang memang kena tempuh. Antaranya anak yang kecil tak sihat. Kalau ikutkan hati ni siapa tak sayang kat anak kan. Tapi tinggalkan sekejap untuk upgrade ilmu dan bantu rakan-rakan kongsi Aisyah yang lain juga. Sebagai leader ilmu sungguh penting untuk kita sampaikan pada rakan kongsi yang tak dapat hadir. So Aisyah tinggalkan anak-anak pada suami sekejap semalam. Alhamdulillah nampak anak pun semakin sihat. Hati pun lega tengok keceriaan pada wajahnya.

Aisyah pergi kelas semalam bersama rakan kongsi Aisyah yang bernama Nurul. Kami memang duduk tak jauh dari rumah masing-masing. Dan nak tahu tak, kami dua-dua orang ni memang tak tahu jalan. Jadi Aisyah cakap dengan Nurul ni nak tak nak kita redah je. Kalau tak memang tak akan sampai ke majlis ilmu hari semalam. Aisyah pun guna lah waze, entah jalan kampung mana waze ni bawa kami masa tu. Tapi kuatkan hati semangat untuk sampai ke kelas juga. Bila dah jumpa jalan besar memang terus hati rasa lega habis. Maklumlah dua-duanya terlalu mahir jalan sampai terpaksa bergantung pada pak cik waze.

Tak semua yang kita nak capai itu tak ada cabaran, Aisyah selalu pesan dengan rakan kongsi Aisyah, cabaran sentiasa ada. Cuma cara kita nak handle cabaran itu bagaimana. Selalu kita akan dengar orang cakap dia boleh lah kuat semangat. Manusia ni memang ada perasaan down and up juga. Tapi kalau kita asyik layan down je memang kat situ lah kita sampai ke sudah.

Ok Aisyah sambung kisah apa best nya pengisian semalam. Kelas kami bermula pukul 10pagi, so sempatlah Aisyah dengan Nurul sarapan dulu sebelum kelas bermula. Kali ni tugasan diberikan pada abang-abang sado kita. Tak sangka terserlah pontensi diri abang-abang sado jadi speaker semalam. Mereka ni semua tulang belakang isteri dalam bisnes ni. Macam Aisyah lah dulu Aisyah ni bab-bab blog ni manalah tahu sangat, tapi yang tolong setup cantikkan semua ni, kerja kuat dari encik suami.


Senang cakap buat bisnes suami isteri ni ada give and take, ada yang mereka tak boleh buat tapi kita boleh dan ada yang kita tak boleh diorang boleh. Encik MC kita adalah suami kepada mentor Aisyah sendiri Encik Halmie. Memang sungguh teruja bila abang Halmie mengacarakan majlis dengan caria dari awal majlis hingga akhir.

Sebelum memulakan kelas, kami akan memanaskan badan dengan lagu kebanggaan kami, iaitu lagu syarikat SHOM yang memberi peluang berniaga yang hampir 90% orang bumiputera. Aisyah pun tak ada bakat sangat nak menari ni, tapi tugasan yang diberikan oleh mentor terus terserlah bakat tu...hihihihi. Nampak tak gaya orang first time kena menari depan orang :-) Bak kata mentor Aisyah pun PRACTICE MAKE PERFECT.


Speaker pertama En. Paidi, topik yang dibentangkan ni bukan calang-calang topik, presentation kelebihan Premium Beautiful, apa yang kita boleh dapat dengan bisnes Premium Beautiful ni. Baju dalam tu, orang lelaki yang present mestilah kita kaum wanita yang menggunakannya, kalau rasa susahnya nak kongsikan kebaikan Premium Beautiful ni pada orang lain amatlah rugi. Pasaran Premium Beautiful ni memang amat meluas sangat-sangat. Sebab apa Aisyah cakap macam itu, selagi kaum wanita masih pakai baju dalam selagi itu Premium Beautiful masih hot dipasaran. Cara nak buat pasaran dan dapatkan market je perlu berguru pada yang pakar macam team CDM Salleha direct mentor Aisyah.


Topik kedua ni yang sungguh best sangat. Sebab topik ni lah yang buatkan pasaran Premium Beautiful meluas hingga ke luar negara. Macam mana nak buat tu? Topik ni memang kena buat praktikal sebab tak boleh ajar by teori je tau.


Alhamdulillah, bersyukur sangat Allah berikan seorang mentor yang sungguh baik hati, sentiasa rendah diri, saling ingat mengingati dan paling penting tak pernah jemu untuk push Aisyah tekan Aisyah jadi seorang permata yang bersinar. Segala suka duka Aisyah penuh dalam poket kak Salleha ni. Sebab beliau bukan sahaja mentor dalam bisnes, merangkap kakak, mak dan sahabat yang mendengar segala masalah kita. Memang beliau menjadi idola Aisyah dari dulu hingga kini.


Begitu juga rakan kongsi Aisyah ni, seorang yang bulat hati. Walaupun sedang bekerja, macam-macam cabaran nak lalui tapi tak pernah sikit pun perasaan mengalah tu ada dalam hatinya. Jiwanya memang kental. InsyaAllah akak percaya Nurul akan dapat capai ke puncak juga. Jangan stop dan jangan toleh ke belakang. Pandang terus ke depan.

Ke main serius wajah rakan kongsi Aisyah ni apply ilmu pratikal yang sedang speaker kongsikan.


Akhir sekali sharing daripada rakan niaga team kami, Zulaika. Dia salah seorang penjawat awam yang meniaga bersama SHOM secara part time. Jangan tak caya yea, hanya memalui sosial media je dia boleh dapat l0 orang cash buyer Premium Beautiful. Dahsyat tak ilmu berperang yang mentor kami ajarkan. Kalau berguru kat luar sana mahu ribu riban kena spend duit. Hasilnya belum tahu lagi, betul tak? Sebab itu Aisyah suka dengan bisnes Premium Beautiful ni, company yang kukuh, kumpulan sentiasa bersatu hati dan mentor yang tak putus-putus berikan yang terbaik buat kami untuk lihat kami sampai ke puncak bersamanya.


Berniaga bersama kumpulan dengan seorang diri cukup berbeza. Sebab apa Aisyah cakap macam itu, Aisyah juga pernah buat bisnes seorang diri, tahu tak apa jadi, modal hangus, untung pun tak ada. Sebab apa, ilmu tak cukup tak ada orang guide kita. Sehinggalah Aisyah jumpa bisnes ni, memang indah sangat. Bersaing secara sihat, kongsi ilmu antara satu sama lain. Dan yang Aisyah tak jangka boleh jual produk yang bernilai 4angka secara tunai, sedangkan dulu Aisyah meniaga part time hanya produk 2angka je pun. Itu pun tak jalan. That why apa-apa bisnes ILMU sangat penting. Nak jadi Premium Beautiful Expert lagilah perlukan ilmu cukup. Alhamdulillah bila kita sendiri yakin dengan mentor dan kumpulan yang ada, syarikat yang kukuh, memang semakin mudah untuk jalankan bisnes yang produk 4angka ni. Tak mustahil.

Bagi u all di luar yang terintai-intai peluang perniagaan yang mudah dengan kesibukkan masa yang terhad, Aisyah boleh share kan bagaimana kita boleh menjana pendapatan menerusi blog je. Yang penting mesti ada kesungguhan baru akan nampak hasilnya :-)

Aisyah Zazuri
014-338 9190


Tiada ulasan:

Catat Ulasan