Masalah keguguran rambut, banyak terjadi dikalangan kaum wanita dan kaum lelaki..Antara faktor-faktor keguguran rambut :
1) Menggunakan bahan kimia berlebihan. Sesetengah mereka suka menwarnakan rambut dan meluruskan rambut menggunakan bahan kimia. Tanpa mereka sedari penggunaan bahan kimia yang berlebihan ni menyebabkan rambut mudah rosak hingga ke akarnya. Akibatnya, rambut gugur terjadi.
2) Berlaku perubahan hormon semasa mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Kebanyakkan kaum ibu selepas melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambut mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Selain itu, hormon yang tidak stabil di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
3) Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama berdasarkan faktor genetik.
4) Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
5) Mempunyai masalah angin badan yang serius.
6) Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
7) Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
AISYAH ZAZURI
014-338 9190
Tiada ulasan:
Catat Ulasan