multilevel menu

Isnin, 24 April 2017

Kejayaan My Mentor Sumber Inpirasi



Kisah kejayaan CDM Salleha Roslan;

Saya terdorong untuk berniaga setelah melalui zaman kegelapan yang sampai sekarang tidak mungkin saya lupakan dan kini menjadi sejarah paling manis buat saya. Satu persatu impian saya mula tercapai apabila menjadi usahawan SHOM.

Inilah perniagaan pertama saya, dan InsyaAllah ia akan menjadi perniagaan tetap untuk saya perjuangkan sampai bila-bila, kerana segalanya ada dalam Sahajidah Hai-O. Apa-apa yang kebanyakan usahawan sudah capai dalam perniagaan ini, mungkin tidak boleh capai di luar sana. InsyaAllah, sekiranya datanglah bisikan-bisikan nakal sekalipun, saya akan tetap setia bersama syarikat yang telah merialisasikan impian saya.

Tuhan takkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Rezeki kita memang telah ditentukan, tapi andaikata kita diam membatu, bagaimana perubahan nak dicapai satu persatu?

Jutaan terima kasih buat barisan mentor-mentor hebat, CDM Hj Azlan Deraman, CDM Hjh Siti Rohana, CDM Salha Zain dan CDM Al-Faath kerana sentiada ada sepanjang perjuangan saya. Jasa kalian dalam membimbing dan bersabar mengilap saya dari batu lumpur menjadi berlian tak mungkin dapat saya lupakan sepanjang hayat.

Terima kasih tidak terhingga buat semua rakan kongsi di Malaysia, singapura, dan Brunei. Terima kasih buat sahabat-sahabat TOP LEADERS CIRCLE dan semua famili Dolomite yang sentiasa memberi galakan dan kerjasama yang hebat sepanjang perjuangan saya.

Terima kasih buat suami tersayang Halmie Abd Hamid yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam apa-apa jua keadaan. Dahulu tidak menyokong, kini beliaulah orang kuat yang paling banyak berjasa di belakang tabir kejayaan saya. Dari hanya seorang Pemandu Lori kini berjawatan tetap memandu C CLASS untuk menemani isteri ke mana-mana sahaja. Terima kasih ibu ayah, mak abah, anak-anak dan seluruh keluarga yang tak putus-putus mendoakan. Kerana andalah, saya akan terus berjuang untuk meneroka lebih jauh.

Alhamdulillah, kehidupan berubah 360 darjah setelah dua tahun berniaga. Kehidupan saya dahulu bukan sekadar "kais bulan makan bulan" tetapi kais pagi makan pagi! Namun, hasil ilmu yang diperoleh dan tindakan sepenuh hati, kini rezeki masuk tidak henti- henti setiap hari.

Tidak malu saya katakan yang sebelum ini hutang saya bukan setakat keliling pinggang, tetapi hutang yang saya tanggung akibat kelemahan diri sendiri adalah penuh melilit seluruh badan. Rasa nak bernyawa pun tak lepas. Kusut nak fikirkan mana lagi sumber yang nak digali untuk tutup hutang sedia ada. Nak pinjam mak ayah segan, nak pinjam adik beradik pun segan, nak pinjam sedara mara? Lagilah segan. Nak pinjam bank? Semua bank saya dah pinjam. Nak pinjam ahlong? Mungkin! Andaikata saya menolak perkongsian dari mentor saya , CDM Salha Zain dan CDM Al-Faath 5 tahun dahulu, mungkin hari ini saya menambah hutang dengan ahlong. Dan pastinya hidup pun tak tenang apabila dikelilingi hutang.

Pernah suami menangis kerana terlalu tertekan dengan masalah kewangan. Sebagai wanita, banyak sangat yang kita inginkan hingga terlupa nak ukur baju di badan sendiri. Rumah sewa selalu sahaja tak mampu nak bayar, kereta pula berkali- kali di tarik. Susu dan pampers anak, alhamdulillah dapat subsidi dari mertua, tapi semua itu sampai bila? Sampai bila mertua nak tanggung kehidupan kami sekeluarga? Malu rasanya sudah berumahtangga pun, mak ayah yang perlu tanggung kehidupan anak-anaknya.

Pernah juga kami tidak punyai walau satu sen pun dalam poket sendiri, hingga terkorek-korek cari celah-celah kerusi dan poket baju untuk kami buat belanja sehari-hari. Yang paling tidak dapat saya lupakan adalah apabila saya tidak punya satu sen pun untuk bayar duit rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan. Waktu itu duit rawatan hanya lima ringgit sahaja. Jangan kata lima ringgit, lima sen pun saya dan suami tidak ada masa itu. Terpaksalah kami tebalkan muka untuk minta staff hospital itu bayarkan wangnya dahulu. Alhamdulillah, dari tak mampu nak keluarkan lima ringgit untuk rawatan hospital kerajaan, kini pakej perubatan untuk diri sendiri dan tiga anak dapat disediakan.

Kunci kejayaan adalah SABAR, SABAR dan SABAR. Kejayaan ada caranya manakala gagal pula ada sebabnya. Orang yang berjaya sentiasa belajar tak kira dengan sesiapa dan di mana sekalipun. Orang yang berjaya sentiasa berfikir untuk berusaha, orang yang berjaya sentiasa bertindak untuk terus berjaya demi kejayaan rakan taulan dan saudara mereka pula.

Terima kasih SHOM atas peluang yang diberikan. NIKMAT BERNIAGA BERSAMA SHOM!

Anda ingin lakarkan kisah kejayaan anda? Jom #MyDreamMyStory #LetsJoinUs #TopLeadersCircle

Aisyah Zazuri
014-338 919

Tiada ulasan:

Catat Ulasan