multilevel menu

Rabu, 15 Mac 2017

Anugerah SM/SSM March 2017

Alhamdulillah diberi peluang untuk berkongsi kegembiraan kali ni pada 18 Mac 2017. Hari seorang mentor melihat proteganya ambil award di atas kecemerlangan yang sungguh membanggakan.



Aisyah memang excited sangat-sangat nak sambut protega Aisyah ni turun stage..jadi sebelum nak pergi red event, Aisyah singgah dulu kedai bunga untuk beli cik merah ni..harum semerbak betul.
Belanja OOTD sikit pada hari yang gilang gemilang ni..At the red carpet event yang dihadiri oleh 7,500 orang dari seluruh Malaysia... Alhamdulillah hari ni ramainya usahawan cemerlang yang akan diraikan. Almost 2,500 Excellent Achievers!
Ada yang buat 20,000 sales 3 hari,
Ada yang buat 20,000 sales 3 bulan,
Ada jugak yang buat 20,000 sales 3 tahun.
Cepat atau lambat ni semua bergantung pada SIKAP dan KEMAHUAN sendiri.

Sikap kita dalam cari Ilmu,
Sikap kita dalam bertindak,
Sikap kita dalam percaya kan guru.
Yang kuat tepis halangan confirm cepat ke depan.
Yang kuat layan alasan confirm masih di belakang.
So awak pilih la nak yang mana?
Pesanan my mentor CDM Salleha pada Aisyah dan rakan kongsi yang lain juga...Aisyah rasa sungguh beruntung sangat-sangat dibawah bimbingan beliau..teguran dan ingatan beliau supaya kami tak tersasar dari landasan yang sepatutnya.
Dulu dia memang tak pandai meniaga...
Dulu dia juga tak ada masa untuk meniaga...
Dulu dia pun takut-takut juga untuk bermula...
Dulu dia dah rasa selesa sangat-sangat dengan gaji hakikinya...
Dulu suami memang tak sokong langsung...
Alhamdulillah setiap kejayaan mesti melalui proses SABAR dan SABAR...sebab orang yang berjaya bermula dari bawah...tapi sekarang naik stage pun suami tunggu sehingga habis...itulah kemanisan bila kita SABAR...Tahniah Nurul Suadi berjaya ke tahap ni...Akak bangga sangat-sangat dengan kamu..Wanita yang HEBAT adalah wanita yang kuat semangat untuk capai impiannya.






Ni lah PAKAR KRITIK TERHEBAT Aisyah selamanya ni..
Dulu nak ajak teman pergi event red carpet macam ni memang tak adalah dia nak join pun...malah kalau bab kritik wife nya...memang no. 1...tapi janganlah rasa down bila suami tak sokong apa kita buat...kadang-kadang akan keluar dari mulut si suami ayat-ayat yang mematahkan semangat kita...itu semua sementara je..kita hanya perlu SABAR dan terus ISTIQAMAH dalam apa yang buat.





I do not know the word "Quit" either i never did or i have abolished it.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan