multilevel menu

Isnin, 17 Oktober 2016

Premium Beautiful Expert di Taman Buaya Melaka

Muka selfie bersama si abang..sejak dah semakin besar ni ke main pandai buat video sendiri tau..kalau gambar tu jangan cakaplah kalau tak penuh memory telefon memang tak sah. Macam biasa sebelum Aisyah luangkan masa dengan anak-anak, Aisyah akan selesaikan dulu urusan bisnes..Destinasi pertama Aisyah nak stokis restock barang untuk rakan kongsi serta tukar saiz Premium Beautiful yang berada di Johor Bahru.

Seronok sangat bila Aisyah bekerja ikut masa Aisyah sendiri..yang penting kita jangan lupa tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Nama pun bisnes online kan..so masa untuk mereka lebih banyak berbanding Aisyah kerja office hour dulu..Apapun kita kena sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi..dan jangan mudah rasa selesa dengan apa yang kita miliki sekarang.

Dialah orang yang paling excited sekali nak masuk ke dalam ni..tak sabar-sabar nak tengok buaya katanya;

Giliran Aisyah pula untuk pakai jam tangan (tiket masuk) ke dalam ni..Seronok juga sekali sekala spend time dengan suami dan anak-anak ni.
Muka anak beranak tengah tengok pertunjukan buaya...pertunjukkan ni hanya 45minit sahaja..so masuk-masuk je kami tak round lagi kawasan ni..sebab takut terlepas melihat pertunjukan ni.

Bukan senang kerja mereka ni...nyawa dihujung tanduk je..kalau sekali kena makan memang tak dapat diselamatkan..tapi ni lah punca rezeki mereka untuk menyara keluarga kan.

Habis je pertunjukan buaya tadi, terus si abang nampak tempat tema air ni...ke main suka dia sampai tak ingat nak balik...padahal belum habis berjalan satu taman buaya lagi.
 Muka control cool bila itik mula menghampiri ;)

 Seronok pula melayan itik-itik ni makan.
 Ke main dua beradik ni kejar itik sampai lupa diri.
 Baru nak bergambar dengan dia...dia dah lari..;)

 Sukanya si abang dapat bagi makan penyu-penyu ni.

Suami Aisyah pun join melayan kerenah anak-anaknya. Alhamdulillah dia suamiku yang penyayang dan juga bertanggungjawab. Muahh!

Aisyah pun nak cuba bagi makan penyu ni..tapi bila penyu-penyu ni berebut naik nak makan...gerun juga Aisyah bila ke main laju penyu ni tarik daun yang ada pada tangan Aisyah.

Jeles tau bila itik-itik ni ke main jinak dengan suami Aisyah..


Pandainya anak-anak ibu posing sejak dah besar ni..Ibu sayang kamu hingga ke jannah ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan