Salam semua dan selamat berhujung minggu..Kali ni
Aisyah dan family akan settlekan urusan bisnes dulu sebelum melayan kerenah
anak-anak yang semakin membesar ni. Setiap kali cuti macam ni kalau tak keluar
dari pintu rumah mesti diorang cakap “Bosannya ibu hari ni”…Sabar je lah..
Destinasi pertama; kita pergi hantar barang customer
dulu..Sementara menunggu customer tu sampai sempatlah Aisyah berjalan-jalan kat
sekitar pusat bandar Pasir Gudang ni..
Urusan jual beli pun berlangsung. Aisyah
rasa enjoy dengan bisnes ni sebab selain kita dapat keuntungan runcit, kita
akan dapat bonus setiap 11hb..Bayangkan tengah-tengah bulan orang sibuk tengah
kering duit poket, Aisyah pula baru nak check bonus bisnes.
Customer Aisyah ni, stranger orangnya..Ni lah first
time Aisyah jumpa dia..so bagi Aisyah janganlah risau nak buat bisnes ni kerana
Aisyah sendiri pun bukan cari orang tapi orang yang mengetuk kedai online
Aisyah..So bagi yang bekerja atau yang suri rumah memang mudah sangat-sangat
untuk menjana income at least RM1,000 – RM10,000 ke atas.
Habis urusan bisnes barulah dapat spend time dengan
dua hero ibu ni..Kerjaya Aisyah sekarang memang banyak masa untuk family sebab
bisnes Aisyah ni bukanlah sampai satu hari suntuk kat luar. Jalan-jalan tadi
ternampaklah kopitiam yang baru dibuka di sini..namanya pun unik juga..so
memang nak try menu makanan kat sini..
Renungan seorang ibu yang berasa puas melihat anak-anak membesar depan mata sendiri..Inilah impian Aisyah sejak si abang mula menjejakkan kaki ke sekolah..Aisyah ingin jadi seorang SURIRUMAH BERKERJAYA..Alhamdulillah, impian itu akhirnya tercapai juga..Janji Allah itu pasti, jika kita tidak menyerahkan 100% takdir kepada nasib sahaja..Percayalah kita jika sendiri nak sesuatu dan terus berusaha tanpa kenal erti putus asa, Allah akan bagi rezeki itu berlipat kali ganda tanpa kita sangka. Jadi jika u all mempunyai impian yang sama macam Aisyah, terus mulakan langkah, jangan tunggu masa yang sesuai baru kita nak mulakan..sebab masa tidak akan menunggu kita.
Aisyah order ni je..bukan diet ok! Tapi Aisyah masih
terasa nak makan yang ringin-ringan je..hehehe..Tapi roti bakarnya memang sedap
sampai terpaksa order lagi sebab anak-anak pula berebut nak tolong makankan
bagi pihak ibunya..hihihi
Mee Tomyam
Air milo ni berharga RM2.90..Memang sedap sangat-sangat.
See! Ke main sedap je tengok suami Aisyah
makan mee tomyam ni..Aisyah tolong rasa sikit, pehhh! Rasanya pedas, masam,
berlemak bagi yang suka macam ni boleh try menu ni ye..:-)
.