multilevel menu

Selasa, 22 Disember 2015

Warung Kurnia Ibu Pasir Mas, Kelantan


Sebelum naik flight sudah tentu suami tercinta Aisyah ni lah hantar isterinya ke lapangan terbang KLIA..Insan yang menjadi tulang belakang Aisyah dalam bisnes ni..:-)


Sejak dah ada rakan kongsi di sini, dah jadi negeri ketiga selepas Johor dan Melaka..Setiap kali sampai Kelantan mesti rakan kongsi Hazwani dah siap-siap tunggu kat airport Kota Bahru..Sambil bisnes sambil jalan-jalan cari makan kat sana. Kalau tak buat bisnes ni memang Aisyah pun tak pergi Kelantan juga rasanya..indahnya bisnes ni sambil membantu orang diluar sana buat side income dapat juga mengeratkan ukhwah sesama umat Islam.

Selepas habis "Personal Coaching" untuk setting plan tahun 2016, rakan kongsi Aisyah yang Uswatun ni bawa jalan-jalan cari makan yang popular di sini.

 Ni antara menu yang popular di sini, Mee Celup..Rasanya memang sedap dan harganya memang mampu milik..:-)

Ni pula Mee Celup Campur, yang ni campur dengan bihun, mee dan kuey teow..ada daging dalamnya..makan satu mangkuk memang tak cukup sebab apabila dah rasa mesti nak tambah lagi..hehehehe

Pekena Coconut Shake perisa Jagung ni mahu memang laju lah bersama Mee Celup..Pehhh!!!
Kalau tekak rasa nak makan masam-masam, Aisyah cadangkan makan Mee Tomyam  ni, memang sedap sangat...isi ayam ayam serta udangnya besar-besar.

Keropok lekor ni memang sedap makan panas-panas...RM1.00 (5pcs) memang murah kan, besar-besar macam ni...makan RM3.00 pun dah kenyang..Betul lah orang cakap, Kelantan ni memang syurga makanan...semuanya sedap-sedap dan murah.

Warung ni terletak tengah-tengah perkampungan..nampak biasa-biasa je tapi pengunjung yang datang sini memang tak putus-putus.

Alhamdulillah dah perut kenyang, jom kita balik..sambung esok pula. Bagi sesiapa yang ingin mencuba menu yang sedap di Warung Kurnia Ibu bolehlah datang di alamat ni,

WARUNG KURNIA IBU
W1/20, Lorong Shell
Jalan Pengkalan Pasir
17000 Pasir Mas
Kelantan Darul Naim

Masa Urusniaga
10.00 A.M - 6.30 P.M

Hari Cuti : Jumaat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan