multilevel menu

Rabu, 23 September 2015

TLC Travelog in Vietnam : 2nd Day

Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan coretan dalam blog Aisyah ni..Kali ni Aisyah akan sharekan aktiviti hari kedua di Vietnam. Tema kami pada hari kedua "stripey"..Dah macam kuda belang pun ada..hehehe..
Muka dah kenyang sarapan di hotel macam ni lah..hehehehe..Tunggu nak naik bas je ni.

Sempatlah lagi kami bergambar selepas sarapan pagi disekitar hotel ni. Berbelang-belang semuanya..hehehe


Bersama rakan kongsi Aisyah yang first time travel dengan TLC, wajah gembira tak terkata sebab kali ni kami pergi bersama-sama suami tersayang..cuma dalam gambar ni suami yang lagi sibuk membeli-belah daripada kami..hehe


Sebelum nak shopping sempat lagi syarikat bagi kami duit poket untuk makan...Yeahhhh!!! Dapat dua angpau, satu lagi untuk suami. Terima kasih syarikat sebab menjaga makan minum dan penginapan kami dengan layanan five star..Kalau anda nak tahu sampaikan beg bagasi kami, pihak hotel yang tolong angkat dari airport sampai ke hotel. Kami hanya bawa diri naik bas je..best kan.

Masa ni kami membeli-belah di Ben Thanh Market. Tengah jalan-jalan terserempak my mentor MultiMillionaire CDM Azlan Deraman (yang sebelah Aisyah pakai cermin mata hitam).



Peniaga-peniaga kat sini semuanya peramah-peramah belaka..tapi kalau anda dah tawar menawar tapi tak beli mereka akan marah tau..so sebelum nak beli cari dulu barang yang betul-betul nak dan kena dengan harga ikut bajet anda..tapi di kedai si adik baju hijau ni barangnya memang murah dan berpatutan.


Kenapa ye Aisyah suka ambil gambar kat kedai helmet ni, anda nak tahu macam-macam jenis design helmet separuh yang ada kat sini..Budaya mereka, helmet ni sekadar hiasan dikepala mereka semasa mereka menaiki motosikal. Tapi Aisyah memang teruja cara mereka membawa motosikal, walaupun berkumpulan dan meredah bertentangan arah tapi tiada berlaku kemalangan pun. Mula-mula Aisyah datang sini memang terkejut tapi sikap bertolak ansur sesama mereka dan tidak pentingkan diri sendiri mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya terutama bagi kenderaan motorsikal.

Hari kedua ni banyak aktiviti membeli-belah, malamnya kami balik hotel dan bersiap-siap untuk makan malam pula..tunggu ye untuk next entry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan