multilevel menu

Selasa, 1 September 2015

Motivation : Don't Wait But Do It Now!

Lebih kuat kita diuji, lebih kental jadinya jiwa.
Lebih kerap kegagalan dirasa, lebih banyak kita belajar.
Bermula daripada tiada kepada ada.

Kita lihat orang berjaya, kita kagum. Kita kata kepada diri;
"Nasibku tidak sebaik mereka. Mereka darah keturunan orang pandai meniaga... Mereka ada orang boleh guide.. Mereka ada modal.. Mereka itu .. Mereka ini.. "

Kita cipta alasan-alasan sebenarnya agar kita tak perlu bersusah-susah membina Impian kita sendiri.
Kita yang sabotaj diri sendiri.

Kita lupa .. Allah Maha Kuasa .. Allah boleh membuka jalan yang tidak disangka-sangka .. Bila masa kita terlalu mahukan sesuatu dan berusaha ke arah itu setiap hari tanpa jemu .. Sesuatu pasti akan datang .. Hidup kita pasti berubah .. Dengan izin Allah .. Bergantung hanya denganNya..
smile emoticon
Jika hari kita masih menunggu dan terus menunggu tanpa bertindak, tiada yang akan berubah sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan