multilevel menu

Jumaat, 31 Julai 2015

Top Leader Circle : Award 100k in a Month

Hai semua..Entry kali ni Aisyah nak share moment yang cukup indah dalam bisness ni apabila setiap kejayaan diraikan beramai-ramai. Tak pernah terlintas dalam fikiran ni "ye ke malam ni aku kena ambil award dengan Multimillionaire CDM Azlan Deraman". Selalu raikan kejayaan orang lain, kali ni rangkul dua award sekali. Syukur Alhamdulillah, kejayaan Aisyah ni banyak mengajar Aisyah erti sabar dan konsisten dalam apa yang sedang kita usahakan..Jangan rasa give up bila ada halangan yang datang. Tiada kejayaan tanpa harung dugaan..Indahnya bisness ni mentor dah sediakan highway untuk kita laluinya..halangan yang kita kena tempuh adalah tol, pilihan ditangan kita nak pilih jangan mudah atau yang susah.

Sepanjang Aisyah fight award 100k ni, Aisyah masa masih bekerja..Aisyah bekerja di syarikat guaman bahagian akaun yang perlu handle akaun syarikat sebanyak 4 cawangan termasuk Main Office. Kalau cakap kerja tu banyak, memang bertimbun-timbun fail atas meja. 1 bulan je beratus kes-kes baru masuk. Kadang-kadang itu masa rehat pun terpaksa settlekan kerja sebab semua nak on the spot. Nak cuti memang susah, kalau sehari cuti je pun handphone sentiasa bunyi tanya hal kerja. Stress kan kerja makan gaji..Masa ni Aisyah apply cuti tanpa gaji selama 2 minggu, bos approve tapi office setiap hari call..so cuti pun macam tak cuti juga lah..

Aisyah nekad masa tu naik je cuti 2 minggu Aisyah nak resign 24 hours..sebab tak larat nak hadap kerja macam ni, gaji tak berbaloi dengan tugasan yang dia bagi. Bulan Mei 2015, Aisyah terus buat surat resign..Selepas berhenti kerja tu rasa lapang kepala otak ni, dan Aisyah fokus 100% dengan bisness ni. Mula-mula tu rasa takut juga boleh ke survive life aku ni dengan bisness ni..Aisyah fikir rezeki Allah ni cukup luas dimuka bumi ni, kita hanya perlu berusaha mencari je. 

Macam-macam dugaan datang masa tu, masalah kesihatan Aisyah yang kurang baik, anak yang tak sihat menyukarkan pergerakkan Aisyah untuk buat bisness..so masa tu Aisyah hanya guna internet dan handphone je..itu je cara yang cepat dan mudah. Alhamdulillah hasilnya memang Aisyah sendiri macam tak percaya check bonus dengan jumlah 5 angka tertera dalam akaun.


Memang masa ni tengah nak buat persiapan hari raya pula tu, so kalau orang lain mahu rasa menyesal tak tunggu bonus dari majikan dah terus berhenti kan..tapi u all lagi syok check depan mesin atm kerja 2 jam sehari bonus macam ni masuk dalam akaun 11hb.


Gambar ni my mentor edit pada siang hari..rasa macam tak caya juga, betul ke tu aku..hehehe..yang sebelah Aisyah itu fighter juga dalam bisness, suami isteri berganding bahu buat bisness ni..result pun memang kebommm..Tahniah ZulHilmi!!!

Nampak simple plat ni tapi inilah bukti yang mengambarkan income 5 angka.
Tq kepada my mentor kak Salha Zain pengasas Top Leaders Circle (baju biru), My Sifu pakar strategi bisnes Multimillionaire Azlan Deraman & lastly to my dearest and lovely mentor Kak Salleha Roslan







Rasa kejayaan seorang isteri, pasti ada insan yang menjadi tulang belakangnya, ni lah insan yang banyak berkorban dan menyokong Aisyah dan merestui perjalanan Aisyah dalam bisness ni. Tq my hubby Mohd Zulkarnain.

TLC rangkul semua award! Tahniah TLC! Kita kekalkan kecemerlangan dan kite saling menjadikan diri kita usahawan yg berkualiti! Jom!

 ramai yg sudah mencecah income 5 angka!  



Terima Kasih untuk keseluruhan team dan mentor-mentor yang sentiasa memberi inspirasi terbaik untuk kami sama-sama ke puncak jaya...nak berjaya tak perlu tunggu pandai, mulakan je bila niat untuk berubah dah ada...sambil buat, sambil adjust...always tiru tindakan dan semangat mereka yang positif dan terbukti berjaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan