multilevel menu

Rabu, 1 Julai 2015

Sabun Marine Essence : Mengurangkan Masalah Bau Badan

PUNCA BADAN BERBAU DAN TIPS MENGATASINYA

1. Mandi yang tidak bersih. Dalam erti kata lain mandi kerbau atau mandi koboi :-D  Mandi pula sekali sehari sahaja huhu …
2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam. Dari pagi membawa ke malam, masih pakai baju yang sama. Ada sesetengahnya tu berhari-hari masih lagi pakai baju yang sama.
3. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri. Bulu ketiak dicukur setahun sekali … uweekk nak muntah. Hehe ada ke yang buat macam tu .. ?!
4. Faktor pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau seperti bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya.
5. Masalah penghadaman ( sembelit ) dan kegemukan. Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.
6. Faktor genetik. Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja  terlalu aktif.
Tips Mengatasi Badan Berbau
Apa- apa hal sekali pun, jangan bimbang. Masih ada cara untuk mengatasinya. Cubalah ikuti tips di bawah ini.
1. Mandi lebih kerap. Semua sedia maklum bahawa negara kita mengalami iklim yang agak panas, jadi mandilah lebih kerap sekitar 3 atau 4 kali sehari. Mandi dengan cara yang betul iaitu meratakan air ke seluruh badan dan ambil masa yang agak lebih sedikit untuk membersihkan diri.
2. Gunakan sabun yang mengandungi garam buluh seperti yang hot dipasaran sekarang ini. Contohnya Sabun Marine Essence  

Marine Essence Beauty (Bar)
Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!


Apa Kelebihan & Manfaat  Sabun Marine Essence?
√ Haruman menyegarkan untuk bantu hilangkan bau badan dan harumkan badan

√ cerah ketiak, cerah celah peha

√ kulit badan cerah

√ pudar dan hilangkan parut

√ kecut dan hilangkan jerawat batu

√ warna kulit sekata

√ naiikan aura, seri muka dan semangat

√ rawat penyakit kulit sensitive seperti eczema, gatal-gatal dll.

√ aromaterapi semulajadi untuk bantu hilangkan stress

3. Mandi dan tukarlah pakaian dengan lebih kerap terutama jika anda jenis yang mudah berpeluh atau  baru sahaja melakukan aktiviti berat dan lasak seperti bersukan, gotong-royong mahupun mengemas dan memasak di dapur. Sekadar menyebut beberapa contoh …
4. Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh agar bakteria pada badan tidak bercampur dengan peluh yang boleh menghasilkan bau busuk.
Menurut Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan melalui laman sesawang DEMC, kelenjar apocrine setiap manusia wujud pada bahagian tubuh yang mempunyai banyak folikel rambut seperti ketiak dan bahagian sulit. Kelenjar apocrine ini mengandungi sebum dan bahan yang berlemak di mana peluh dirembeskan.
5. Jadi cukurlah bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya dengan lebih kerap. Ini kerana bulu yang terlalu lebat atau panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria  lalu menghasilkan bauan yang tidak menyenangkan.
6. Gunakan deodoran dan pewangi. Terdapat banyak pilihan deodoran dan pewangi dalam pasaran sekarang yang dicipta untuk memastikan bahagian ketiak atau bawah lengan kekal kering dan mengurangkan pembiakan bakteria di kawasan tersebut.
7. Kurangkan makanan berlemak serta jenis makanan yang disebutkan di atas. Banyakkan makan makanan  berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta air kosong bagi menggalakkan proses metabolisma tubuh serta melancarkan proses penghadaman dan pembuangan bahan kumuh.
8. Amalkan petua mengatasi bau badan yang menjadi amalan turun-temurun warisan tradisi nenek moyang kita.


Selamat Mencuba.

Aisyah Zazuri
012-652 9206
014-338 9190

Tiada ulasan:

Catat Ulasan