multilevel menu

Ahad, 3 Mei 2015

Cuti-Cuti Malaysia - Melaka River Cruise

Cuti Hari Buruh kali ni bersambung dengan Hari Wesak, cuti panjang sampai empat hari. Masa ni lah nak luangkan masa bersama keluarga macam tu juga Aisyah..So dah alang-alang adik ipar nak minta Aisyah jadi pemandu pelancong dia, Aisyah sekeluarga pun join sekali. Memang syok cuti sesama ni, lagi syok bila masing-masing memang kaki jalan. Memang tak rasa penat walaupun bawa anak-anak kecil ni berjalan..hihi
 Muka semua cool je, bot belum gerak lagi...Syahimie ambil feel sampai muka berkerut-kerut..hihi
 Baju ungu mak mertua Aisyah. Aduhhh pening kepala Syazwan tak sampai-sampai ni..lama betul dia bawa jalan sepanjang sungai Melaka ni..
 Baru nak mula gerak Saiful minum air kotak sampai habis..dahaga tunggu papa beli tiket lama sangat..hehehe
 Muka berkerut siap angkat tangan melambai anak buah berdiri semasa bot bergerak...tapi kang terjatuh je..marah-marah sayang namanya tu...huhuhu
 Macam lengkap kalau cik abang I ni kalau tak selfie bersama anak bujang sulungnya..Si abang tengah syok tengok gelagat penumpang-penumpang dalm bot ni..abah ajak selfie pula..hihihi
 Ini antara bangunan yang dihias cantik dengan mural di sepanjang sungai Melaka.
 Abang suka tengok pemandangan sepanjang Sungai Melaka sampai tak nak duduk.
Jambatan menyambungkan Panggung Bangsawan dengan Pirate Park.
 Bangunan Panggung Bangsawan Melaka.
 Monorail Melaka.
Selesai je naik River Cruise ada orang jual aiskrim kotak. Macam-macam rasa ada dijual, puas pun puas..Harganya RM2.00 satu cucuk tu..Sedapnya anak ibu makan aiskrim, habis tangan dan dahi pun jadi biru..hehehehe 
Harga tiket hari biasa RM10.90 je dewasa,
Kanak-kanak RM8.90.
Harga weekend RM15.90 dewasa.
Kanak-kanak RM10.90.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan