multilevel menu

Jumaat, 6 Februari 2015

Pengalaman Pertama ke Kota Bahru, Kelantan


Pernerbangan pergi kami dari Subang, tudung biru my mentor CDM Salleha Roslan..Dalam bisness ni mentor dah macam kakak, kawan dan sahabat sejati yang akan menemani kita disaat kita memerlukan..Seronok Aisyah rasa sebab lebih 24jam berkepit dengan beliau..masa ni lah banyak ilmu dan idea-idea bernas yang mentor berikan..Syoknya!!!
Pengalaman pertama menjejakkan kaki di Kota Bahru, Kelantan. Memang rasa gerun naik kapal terbang ke Kota Bahru, Kelantan, maklumlah macam-macam kes terjadi sebelum ini. Alhamdulillah perjalanan kami, selamat sampai ke sana.


Sampai-sampai je di Airport Kota Bahru ini, kami terus makan di sana sebab masa bertolak itu just alas perut saja..Lepas je makan kami dapatkan teksi untuk terus ke Tune Hotel Kota Bahru untuk “check in” dan bersiap-siap untuk "next appointment". Bayaran teksi dari Airport ke Tune Hotel RM20 untuk dua orang.

Aisyah rasa bersyukur sangat my mentor sudi temankan Aisyah ke Kota Bahru, Kelantan ini. Dua-dua tak pernah sampai sini so dah macam pelancong kami di sini. Nasiblah orang-orang Kota Bahru ini semua peramah-peramah orangnya.

Dari Tune Hotel ke Tesco bayaran untuk dua orang RM10, jarak perjalanan lebih kurang 10minit. Habis je appointment itu kami terus makan disekitar Tesco ini. Makan nasi kukus Kota Bahru, harga makanan di sini memang murah betul, nasi kukus tu je harga RM5.90, kalau dekat Johor Bahru lebih RM8.

Siap je makan kami gerak balik hotel semula. Nama pun pelancongkan nak tunggu teksi pun tak tahu kat mana. Last-last kami tanya budak kat kedai buku dalam Tesco itu...nasiblah faham bahasa oarang Kota Bahru sikit-sikit...hihi..Nak cakap dekat tempat tunggu teksi tu taklah dekat sangat pun..Sampai je hotel, bersihkan diri dan rehatkan badan sebab esok nak bertolak balik.

Pagi sebelum kami 'check out' kami sarapan nasi ..sepanjang duduk kat Kota Bahru ni kerja kami makan nasi je..sehari 3 kali tu makan nasi..Nasi Hayaki yang Aisyah order ni baru RM6.50 banyak betul isinya..sehingga pemandu teksi yang bawa kami tu sampai cakap "SEBAB BAJU TU SHOPPING MALL KAT SINI TAK ADA SAIZ S SEMUA SAIZ XXL" tapi bagi pengguna tegar Premium Beautiful macam kami tak ada masalah kalau setiap masa makan jeee...sebab kami tahu Premium Beautiful bekerja setiap satu jam membakar sebanyak 900kalori...sebab tu orang tengok kami badan maintain walaupun selera makan tinggi.

Selepas ini, kalau turun Kota Bahru lagi dah tahulah macam mana nak dapatkan teksi dan sebagainya..masa singkat kami di sini so tak dapat lah nak shopping tempat-tempat yang popular kat sini. InsyaAllah next time, yang penting Kota Bahru, Kelantan memang negeri yang cukup best dengan makanan yang sedap-sedap dan murah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan