multilevel menu

Jumaat, 20 Februari 2015

Mee Bandung Parit Bulat

Anak bujang ibu ini baru masuk kereta je dah terus tidur...Ngantuk betul ye sayang..Perjalananan untuk pulang ke kampung pada masa ni traffic sungguh perlahan...Nasib bujang kecil ibu ni tidur kalau tak mahu lah  banyak projek yang dibuat dalam kereta.
Baru tiba tol Kempas je dah jem macam ni..ingat jem kat area sini jeee...rupanya sepanjang perjalanan dari arah Selatan..Kalau balik kampung selalu 4jam je sampai tapi kali 6jam dalam kereta..huhuhu..bertabah je lah menempuh jem ni..dah tak boleh patah balik..huhu..Dah alang-alang jem teruk kami pun keluar tol Yong Peng ikut jalan biasa...Sekali terjumpa kedai Mee Bandung Parit Bulat..
Wajah orang-orang terlepas dari jem..senyum lebar..hihihi..Masa ni kami dah sampai kat kedai Mee Bandung Parit Bulat ni memang unik  hiasan macam dalam cerita P.Ramlee.
 Mee Bandung Udang Parit Bulat ...udangnya 4 ekor besar-besar dan segar betul..rasa udangnya memang manis gilerrr...sekali makan mahu nak lagi..
Ini Mee Bandung yang biasa tanpa ada udang. Kedua-duanya memang sedap sangat-sangat.
Kedai ini memang betul-betul tepi jalan so memang senang u all nak jumpa. Selamat Mencuba Mee Bandung Parit Bulat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan