Anda mungkin tertanya-tanya apa yang membuatkan golongan ini
menjadi bijak pandai sedangkan anda juga sama seperti mereka.
Sebenarnya masih ada sikap dan sifat mereka yang mungkin
belum ada pada anda. Mereka adalah :
1) Orang Berjaya tidak akan membiarkan perkara
lepas menguasai perkara hari ini. Mereka tahu kegagalan adalah sebahagian
halangan untuk Berjaya. Ramai orang menjadikan kegagalan sebagai satu langkah
kejayaan namun bagi orang yang bijak, mereka mahu terus melupakan perkara yang
lepas kerana beranggapan yang lepas biarlah lepas. Mereka hanya melihat perkara
hari ini sebagai satu peluang untuk Berjaya.
2) Orang Berjaya tidak focus terhadap perkara negative.
Mereka tahu bahawa pemikiran mengawal segala tindakan. Oleh itu, mereka memilih
untuk hanya focus perkara positif saja. Memikirkan perkara positif membantu
memudahkan sesuatu tugasan dan mencapai impian.
3) Orang Berjaya tidak lari daripada masalah. Semua
orang mempunyai masalah, tidak kiralah sama ada mengenai pelajaran, pekerjaaan,
kewangan, kesihatan dan sebagainya. Orang bijak tidak akan sesekali melarikan
diri daripada masalah sebaliknya berdepan untuk menyelesaikan masalah.
4) Orang Berjaya tidak risau mengenai apa yang
orang lain fikirkan pasal mereka. Mereka tidak sesekali membenarkan pendapat negative
mempengaruhi kehidupan mereka yang sedang bahagia. Bagi mereka, dunia ini
terlalu singkat untuk mendengar perkara tidak baik dan melakukan perkara tidak
baik.
5) Orang Berjaya tidak suka membazirkan masa.
Mereka sering menghasilkan perkara yang bermanfaat pada masa yang terluang.
Mereka tidak suka membazirkan masa melaksanakan tugasan yang tidak mendatangkan
kegunaan pada masa depan. Setiap masa adalah sangat berharga dan beranggapan
masa tidak mungkin boleh kembali berputar.
6) Orang Berjaya tidak akan meluangkan masa bersama
orang yang member aura negative kepadanya. Disebakan itu, kebanyakan mereka
gemar dilihat lebih rapat bersama golongan bijak pandai. Mereka lebih suka
menghabiskan masa bersama keluarga,
teman dan kenalan yang berkongsi perkara terbaik dalam hidup. Namun mereka
tidak pernah memandang randah kemampuan orang lain tetapi menghadkan masa
ketika ornag-orang yang negative.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan