Magnesium merupakan antara bahan mineral penting dalam
proses metabolisme badan kita. Magnesium boleh didapati dalam bahan makanan seperti
sayur-sayuran terutama yang berdaun hijau dan kekacang.
Badan
individu dewasa mempunyai lebih kurang 25 gram magnesium, iaitu 50% ke 60% terdapat
di dalam tulang dan selebihnya di dalam sel tisu badan.
Magnesium sangat penting kepada badan manusia kerana ia
adalah pemangkin kepada proses tindakbalas kimia tubuh badan seperti proses
sintesis protin, fungsi saraf dan otot , pengawalan gula dan tekanan darah.
Magnesium juga diperlukan untuk penghasilan tenaga tubuh, proses ‘oxidative phosphorylation’,
and glikolisis.
Tanda-tanda awal kekurangan magnesium
termasuk hilang selera makan, loya,
muntah, keletihan, dan lemah. kekurangan magnesium akan menjadi lebih teruk seperti terasa kebas pada anggota badan (atau
orang biasa cakap kene sesemut), mengalami pengecutan otot
dan kekejangan, sawan, perubahan
personaliti, ritma jantung yang tidak
normal, dan kekejangan koronari
juga boleh berlaku.
Kekurangan magnesium yang teruk
boleh menyebabkan hypocalcemia (kurang
kalsium dalam badan) atau hypokalemia
(kurang kalium dalam badan) kerana homeostasis
mineral terganggu. Apa tu
homeostasis? Maksudnya Ia adalah satu proses yang
mengekalkan kestabilan dalaman tubuh
manusia sebagai tindak balas kepada
perubahan dalam keadaan luar. Dengan kata lain,
supaya kesihatan badan dapat dikekalkan atau diselaraskan.
Lagi artikel tentang pentingnya magnesium--> Peranan Magnesium untuk kesihatan
So kalau rasa badan kurang magnesium boleh la minum Mineral
Coffee.
Masak pula guna Garam Buluh masakan .
Nak lebih sihat minum Garam Buluh Premier Drink.
Sumber utama magnesium.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan