Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium,
magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin
termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan
vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu,
alfalfa kering sangat kaya dengan protein.
Perkataan alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah, yang bermaksud “Bapa semua makanan” kerana ia sangat kaya dengan mineral penting yang menjadikan alfalfa makanan tambahan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.
Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting. Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan. Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium.

Tiada ulasan:
Catat Komen