multilevel menu

Selasa, 28 Januari 2014

***RAHSIA PERNIAGAAN ORANG CINA***

Jom kita kaji rahsia dan tips-tips perniagaan orang cina yang sememangnya kite tahu orang cina ialah dikalangan orang hebat berniaga... ***RAHSIA PERNIAGAAN ORANG CINA*** Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan : 
1.Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas 
2.Jimat, jika tidak akan membazir modal 
3.Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari 
4.Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang 
5.Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan 
6.Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang 
7.Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok 
Perniagaan Adalah Satu Seni. 
1.Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel. 
2.Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat. 
3.Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian. 
Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka. Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. 
Antara ciri-ciri tersebut adalah : 
-Sabar 
-Tidak mudah putus asa 
-Pandai merebut peluang 
-Mempunyai perhubungan awam yang baik 
-Berpandangan jauh 
-Berpegang pada janji 
-Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan 
-Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi 
-Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka



























via Health & Beauty Secrets http://ift.tt/1mSIeHA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan