multilevel menu

Khamis, 16 Januari 2014

Berniaga Sunnah Rasulullah S.A.W

Kadang-kala, umat Islam takut untuk berniaga...dan malu untuk jadi kaya...Takut mungkin kerana takut lalai dengan duniawi dan malu pula mungkin malu kalau orang sekeliling kate kita sombong atau sebagainya...

Kenapa perlu takut atau malu?? Sedangkan berniaga itu salah satu sunnah...Rasulullah juga ialah ahli perniagaan yang hebat sehingga terkenal di zamannya hingga kini...malah sahabat-sahabat R...
asulullah juga ialah ahli perniagaan yang berjaya...

Perniagaan juga tujuannya untuk memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan peluang mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Antara manfaat menjadi orang Islam yang berniaga ialah:

1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang ramai dan memanjangkan silaturrahim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Kita boleh berkongsi faedah dan manfaat produk yang kita jual agar orang lain pun akan mendapat manfaat darinya..
5. Menjadikan kita orang yang sabar dalam segala cabaran.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Membudayakan ilmu kerana dalam perniagaan, peniaga akan sentiasa belajar ilmu perniagaan..
9. Memupuk sifat jujur dan amanah.
10. Memperbanyakkan berzakat dan bersedekah.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam.
13. Menghidupkan sunnah Rasulullah.

MasyaAllah, banyaknya manfaat apabila kita berniaga..

Apa kata tahun 2014 ini kita ubah persepsi kita...kita semua menjadi orang Islam yang kaya dan berjaya dalam bidang perniagaan dan terkenal bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan