Apa itu fibroid?
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang terjadi dari tisu rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, haid yang banyak, sakit semasa haid dan lain-lain. Ia boleh membesar sehingga sebesar biji bola tapi bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita yang mengalami fibroid ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid dan darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau mungkin terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.
Bagaiman wanita boleh menghidapinya?
Fibroid dihadapi oleh 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi, walaupun kehadiran hormon estrogen sering dikaitkan dengan pembesaran fibroid.
Fibroid sering terjadi pada mereka yang berusia 30-45 tahun, yang masih subur. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.
10 fakta tentang fibroid yang anda perlu tahu :
1. Mengikut kajian, ketumbuhan fibroid
dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20% dari golongan ini yang betul betul
memerlukan rawatan.
2. Sekiranya ada ahli keluarga terdekat anda
mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat fibroid adalah 3 kali ganda lebih
tinggi.
3. Tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya
kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak selepas puberti. Jadi ia
tidak pernah tidak pernah dikesan pada kanak kanak dan saiz fibroid mengecut
selepas menopos disebabkan kekurangan estrogen.
4. Fibroid membesar semasa hamil disebabkan
rembesan hormon estrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh uri.
Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk pembedahan cesarean. Kebanyakan dari
wanita berfibroid masih boleh bersalin secara normal.
5. Gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid
adalah aliran haid yang banyak dan sengugut.
6. Anemia adalah salah satu komplikasi serius
fibroid
7. 80% wanita yang mengidap fibroid tidak
mempunyai sebarang gejala. Diagnosa selalunya dibuat secara tidak sengaja.
8. Keterukkan gejala fibroid tidak berkait
secara langsung dengan saiz atau bilangan fibroid tetapi tempat pada rahim
dimana ia tumbuh.
9. Fibroid adalah di antara sebab utama
Histerektomi iaitu pembedahan buang rahim.
10.Diagnosa fibroid dengan senang boleh
dibuat dengan mengunakan mesin ultrasound
Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah dan simtom pula bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid di rahim tetapi sekiranya ia terlalu besar ia mungkin boleh menyebabkan:
- Sakit semasa haid (senggugut)
- Sakit belakang
- Haid yang banyak
- Sembelit
- Kencing kerap
- Keguguran yang kerap
- Sukar mengandung
Selalunya fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana kebanyakkan tidak mempunyai sebarang gejala. Sekiranya anda merasa bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca bengkak. Ujan ultrasound scan akan membezakan samada bengkak itu berasal dari fibroid atau ovari.
Tiada ulasan:
Catat Komen