multilevel menu

Khamis, 10 Oktober 2013

Seminar Power Sales Bersama Jutawan Offline CDM Azlan Deraman & Jutawan Internet Dr. Irfan Khairi

Seminar ini dihadiri dengan 600orang usahawan yang majoritinya di kalangan bumiputra..Memang cukup-cukup menerujakan aisyah sebab masing-masing merebut peluang mendengar dua orang speaker yang cukup hebat di hujung minggu..

MC yang bertugas pada hari tersebut sungguh menceriakan kami semua...Tiada langsung perasaan bosan semasa berada di seminar power sales itu...malah rasa begitu pantas masa berlalu..

Beruntung yang tidak boleh aisyah ucapkan dengan kata-kata apabila banyak ilmu yang dikongsikan oleh jutawan internet no 1 Dr Irfan Khairi dan multimillionaire CDM Azlan Deraman yang merupakan pakar strategi pada Top Leaders Circle ni berkongsi ilmu dan pengalaman mereka sampai masing-masing tidak berganjak dari tempat duduk sehingga waktu rehat.

Balik dari seminar power sales ini masing-masing terus aplikasi ilmu yang diperolehi.
Inilah peserta-peserta seramai 600orang yang menyertai seminar ini yang cukup hebat bersama Jutawan Offline dan Jutawan Internet.


Terima kasih buat dua Jutawan yang cukup hebat dan tidak lokek ilmu .
Dr Irfan Khairi dan CDM Azalan Deraman.
Semoga ilmu yang anda berdua berikan ini memberi manfaat dalam mengunakan sosial media dengan cara yang betul dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan