multilevel menu

Sabtu, 19 Oktober 2013

Apa Fungsi Biovelocity Sleep Mate @ Selimut Dhuha



Fungsi Biovelocity Sleep Mate @ Selimut Dhuha  adalah satu rawatan alternatif utk memulihkan keseimbangan & kesihatan secara mudah dgn kuasa penyembuhan berasaskan semburan garam buluh & sumber tenaga matahari pada waktu dhuha dalam kain pelapik Biovelocity Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat utk memenuhi keperluan individu. Biovelocity Sleep Mate membantu memperbaiki frekuensi (gelombang) yg tdk harmoni, meneutralkan gelombang merbahaya akibat radiasi (dari pelbagai alatan elektrik & elektronik) sambil menguatkan gelombang positif yg membentuk aura yg sihat dlm organisma tubuh badan manusia. Dengan penggunaan berterusan, ia dpt mempengaruhi aliran tenaga positif, menyihatkan badan dgn mencapai tahap kesihatan optima, mengimbangkan seterusnya meningkatkan keseluruhan aktiviti badan & minda kita secara menyeluruh. Apabila bangun dr tidur, tubuh akan merasa lebih cergas & bertenaga. Dengan penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat menyeluruh kpd badan utk mengekalkan kesihatan, meningkatkan sistem imun tubuh badan dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup tanpa terlalu bergantung kepada ubat-ubatan hospital semata-mata.

Keistimewaan :
1. Meningkatkan metabolisme
2. Mengaktifkan fungsi2 sel tubuh badan
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan sistem pertahanan badan &   memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan & stress
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki & mengaktifkan    sel tubuh badan
8. Bersemangat & bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semulajadi
10. Mengimbangi & mengharmonikan fungsi2 fizikal
11. Melegakan kepenatan & kesakitan
12. Merangsang & menyelaras sistem saraf autonomik tubuh badan
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yg sihat & berkualiti

Manfaat :
Melegakan sakit kepala, senggugut akibat haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong melegakan ketegangan leher & melegakan rasa kebas.

Cara penjagaan :

Biovelocity Sleep Mate boleh dicuci setahun sekali. Gunakan bahan pencuci kain yg berorganik utk mencuci dgn tangan secara lembut & keringkan di bawah matahari (7 pagi - 11 pagi sahaja). Dicadangkan cuci di kawasan yg terkena kotoran sahaja.

Cara penggunaan :
Buka & letakkan Biovelocity Sleep Mate  di atas tilam. Letakkan empat tali elastik di setiap sudut tilam. Boleh juga diletak di bawah cadar. Kuasa masih boleh dirasai walaupun jarak Biovelocity Sleep Mate adalah dalam 3 kaki.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan