multilevel menu

Ahad, 30 Jun 2013

Premium Beautiful - Jaundis


Menurut Pakar Kordiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, Dr. Azam Mohd Nor, penyakit 'Jaundis' yang berlaku dikalangan bayi yang baru lahir adalah perkara yang normal. 'Jaundis' merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan jelas pada bahagian muka, dada, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan'

Dr. Azam menasihatan para ibu sekiranya selepas dua hari bayi dilahirkan dan mengalami sakit kuning ini adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi menjadi rosak pecah dan dicernakan di dalam hati. Pencernaan dan penguraian kompenan dalam darah ini akan menghasilkan "Bilirubin"

Biasanya Bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi jika darah yang rosak dan pecah terlalu banyak kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap Bilirubin dalam darah akan meningkat. Peningkatan Bilirubin inilah dapat dikesan melalui kekuningan pada baik. (Dr. Azam)

Ibu bapa perlu tahu setiap 'Jaundis' yang berlaku pada setiap bayi ada mempunyai tahap 'Jaundis' yang berbeza dan dapat dikesan pada hari kedua dan ketiga selepas kelahiran. Ia akan nampak dari kepala hingga turun ke kaki.

Pemeriksaan bayi yang mengalami sakit 'Jaundis' biasanya dibuat di dalam cahaya matahari atau di bawah lampu panjang putih (fluorescent) dan bukannya mentol kuning kerana ini boleh menampakkan kuning yang ada pada kulit bayi.

Bayi yang diletakkan di bawah lampu biru mengandungi 450 nano water hanya dengan memakai lampin dan mata ditutup. Cahaya lampu iniberfungsi menukar Bilirubin kepada Biliverdin yang lebih 'mesra tubuh' dan akan dikumuhkan menerusi air kencing. Sekiranya fototerapi ini gagal menghalang kenaikan tahap Bilirubin, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan.

Menurut Dr. Azam apabila pemindahan darah tidak dapat dilakukan dan 'Jaundis' berlarutan sehingga 30hari dikhuatiri bayi akan menghadapi penyakit lain seperti radang hati, saluran darah tersumbat atau hepatitis. Lebih terus sehingga menyebabkan kerosakan otak, sawan serta gangguan pendengaran.

Apapun ibu bapa tidak perlu risau kerana kes pemindahan darah jarang berlaku. Pihak hospital akan memantau tahap Bilirubin akan berkurangan dalam masa seminggu kelahiran.


Antara Faktor Bilirubin Meningkat Kepada Bayi :

1) Bayi tidak diberi susu badan sepenuhnya.
2) Jaundis akan kerap berlaku pada bayi yang pramatang atau tidak cukup bulan.
3) Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan lebih cepat.
4) Lebam pada bayi yang disebabkan proses kelahiran seperti kaedah vacum yang menyebabkan sel darah merah rosak.
5) Darah ibu dan darah bayi tidak serasi.
6) Ibu menghidap kencing manis.
7) Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
8) Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi berbanding bayi perempuan.


Nak tahu bagaimana korset Premium Beautiful boleh mengatasi masalah 'Jaundis'????


Premium Beautiful dicipta daripada gabungan kepakaran 3 negara (Jepun, Amerika syarikat, Jerman), yang memberi kesan kepada kesihatan dan kecantikan di mana ia menyumbang 70% kepada kesihatan dan 30% kepada kecantikan dan hasilnya 100% keyakinan . 

Produk ini telah mendapat pengiktirafan SUPERBRAND dan turut diiktiraf oleh Persatuan Pakar Tulang Belakang Amerika Syarikat, Kanada dan Quebec. Keunikan produk ini adalah, ia menggunakan teknologi Far Infra-Red ray (FIR).

Pengguna Premium Beautiful bukan sahaja dapat menikmati kesan-kesan daripada pemakaian malah dapat menikmati jaminan produk seumur hidup (LIFETIME WARRANTY).






FIR( far infra-red)
FIR ialah gelombang cahaya matahari yang biasanya diperolehi di waktu pagi ( 8am-10am). Saintis Jepun telah menemui satu mineral yang boleh memancarkan gelombang yang sama seperti FIR dan mineral ini telah disalut ke dalam bebenang yang digunakan untuk membuat PB.

Kebaikan FIR:
- Melancarkan peredaran darah 

- Membantu mengawal-atur hormon 

- Mengurangkan radang dan edema (bengkak) 

- Meningkatkan metabolisma 

- Membantu pemyembuhan sel-sel tisu badan 

- Membantu meningkatkan immunisasi badan 

- Mengurangkan kepenatan dan kelesuan dari aspek 
  fizikal dan psikologi.

Nak dapatkan rebate premium beautiful pun cepat-cepat la call i okay...Boleh bagi free fitting n free consultation.

Aisyah Zazuri
012-6529206

Jumaat, 28 Jun 2013

Top Leaders Circle - Diamond Night 2013

Sampai dah MIECC.
Ini baru sebahagian diva-diva TLC Mpower...Separuh lagi belum sampai lagi.
 Inilah adik-beradik dalam bisness aisyah ini...Sentiasa saling bantu membantu dan berkongsi ilmu sesama sendiri...Sekali sekala jumpa memang seronok lagi-lagi aisyah yang dari Johor Bahru datang Kuala Lumpur..Penat pun tidak terasa apabila bertemu mereka semua.
Inilah insan yang menjadi semangat dari mula aisyah join bisness ini sehingga mengubah hidup aisyah 360darjah..Terima kasih sangat untuk kak Ieda Rani dan kak Lindiana Fiesa kerana sudi membimbing aisyah tanpa kenal erti jemu..Sayang sangat-sangat korang berdua...Jasa korang berdua hanya Allah yang dapat membalasnya..
Inilah insan yang terpenting dalam hidup aisyah kerana tanpa beliau aisyah tak akan sampai tahap sekarang...Beliau lah kawan, suami, dan ayah yang sentiasa mendengar kisah suka duka aisyah sepanjang bisness ini..Tq so much my beloved hubby..
Best nye dapat peluang bergambar dengan CDM Azlan Deraman dan pasangannya CDM Hajah Siti Rohana.
  Antara mentor kami yang sangat berjaya. Bukan setakat kaya harta benda malahan kaya budi bahasa. Senyuman tak pernah lekang dari bibir mereka berdua.


Alhamdulillah dijodohkan dengan dua mentor sehebat kak Salha dan abang Al-Faath. Banyak sungguh pengorbanan mereka untuk kami anak-anak didik TLC ni. Insha Allah akan kami balas dengan kesungguhan dan bukti kejayaan.

TOP LEADERS CIRCLE (TLC) IS ONE OF THE BEST GROUP IN MALAYSIA FOR 2013…

CONGRATULATIONS TLC!!!!!



Syukur Alhamdulillah... tak sangka TLC dapat pengiktirafan sebegini sekali, ONE OF THE BEST GROUP IN MALAYSIA FOR 2013!!! memang tak sia2 Mentor kami CDM Salha Zain & husband beliau CDM Al-Faath berusaha keras dan gigih dalam mendidik kami untuk bersama2 menjayakan cita2 dan impian mereka dalam menjayakan matlamat dan misi mereka dalam mengangkat TLC ke tahap yang lebih tinggi. sekarang sudah terbukti segala-galanya. TLC semakin dikenali ramai dan kewujudannya semakin mendapat perhatian dimata masyarakat Malaysia.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah…Segala usaha kami akhirnya membuahkan hasil..
Kejayaan demi kejayaan oleh TLC membuatkan kami sangat bangga berada di bawah TLC..
TLC bukan sahaja menjadi perhatian pihak media tempatan malah luar negara…
Top Leaders Circle menjadi perhatian oleh pihak akhbar dan televisyen No.1 Malaysia iaitu akhbar Berita Harian, The Star, New Straits Times, Kosmo rancangan Astro Awani, TV3, TV9, TV1, dan Bernama…
 Memang terbukti kejayaan TLC ialah kejayaan berkumpulan kerana usahawan-usahawan di bawah TLC telah menjadi perhatian dan terpilih untuk berkongsi kejayaan mereka dan perspektif tentang fesyen oleh salah satu majalah terkemuka Malaysia iaitu Majalah Hijabista untuk 8 keluaran berturut-turut…
 Barisan pemimpin yang sentiasa menjadi idola dan pandu arah kami dalam business ni.
CDM Al-faath, CDM Salha Zain, CDM Azlan Deraman, CDM Siti Rohana bersama orang kuat syarikat Mr Tan Kai Hee.
 Dan pada tahun ini TLC sekali lagi berjaya mendapat 2 pengiktirafan iaitu TLC telah dinobatkan gelaran “Ikon Sohonita Malaysia” oleh Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga kerana kejayaan usahawa TLC menjadi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia dan membantu usahawan-usahawan berniaga secara online..TLC juga telah dijemput untuk menjadi ahli panel pada forum-forum keusahawanan untuk para wanita dari seluruh negara anjuran Sohonita Malaysia.. 

Selain itu, TLC juga telah terpilih dan diberi penghormatan oleh syarikat sebagai salah satu kumpulan terbaik di Malaysia dan telah terpilih mewakili syarikat untuk memberi ucapan di majlis gilang gemilang yang dianjurkan oleh syarikat iaitu Majlis Diamond Night pada 22 Jun 2013…

WE LOVE TLC!!!!!
 Disinilah segalanya bermula…

 
nak jadi sebahagian dari TOP LEADERS CIRCLE???

Aisyah Zazuri
012-6529206

Khamis, 20 Jun 2013

Diamond Night 2013 - Preparation Top Leader Circle

Pertama skali,Aisyah nak ucapkan setinggi2 kesyukuran, ALHAMDULILLAH.. MALAM ANUGERAH DIAMOND NIGHT RED CARPET akan diadakan pada hari Sabtu 22 june 2013 bertempat di Mines Resort City, Seri Kembangan Selangor.
bagi meraikan bintang-bintang usahawan yang telah membuat jualan terkumpul sebanyak 180K-720K dan pemenang tabung kereta.
 
Yang paling best nya, happy sangat2 kali nie sbb MY SUPERB MENTOR CDM Salha Zain telah dipilih menjadi wakil kumpulan B32 utk menjadi salah satu speaker jemputan pd event DIAMOND tu nanti.
.
Memang terasa betul aura2 TOP LEADERS CIRCLE .. Bukan senang nak dipilih di antara yg terbaik ni... Bangga yg  tidak terkata kerana Aisyah sendiri berada bersama2 TLC member's!!

Last year, baju beliau direka khas oleh Rizalman Ibrahim.. Sabtu nant, kita tggu plak kemunculan baru my mentor !! Confirm korang suke dan teruja...

Tidak sabar menanti hari yg ditunggu-tunggu untuk bertemu dgn rakan-rakan seperjuangan meraikan kemenangan.. kami akan muncul bersama designer masing2.

 

My Mentor - Salha Zain

Mesti ramai dah tahu and ada yg belum tahu..... apa tu TLC? yg penting siapa yg kemudi TLC ni... kapal kalau ada kapten yg bertauliah tak kan karam mcm tu jugak la kami di TLC...

I'm so proud with our leader CDM Salha Zain, yg dijemput khas di malam anugerah Diamond nanti untuk memberikan ucapan di hadapan almost 7000 orang.. i rasa bangga sangat nak share cerita siapa tu CDM Salha Zain..

1) Sebelum beliau bergelar jutawan Haio beliau merupakan suri rumah sepenuh masa je selepas meletak jawatan sbg Manager di salah sebuah international bank di Malaysia sbb.. masa tu beliau berniat utk membantu suami menambahkan pendapatan keluarga..bermacam2 dugaan beliau tempuh sehinggalah beliau mulakan bisnes dgn Hai O masa tu simpanan beliau hanya RM14.60 tapi kini income beliau monthly 6 digit..

2) Walaupun baru hampir 4 tahun bersama Hai O, tapi beliau berjaya melancong ke 12 buat negara bersama team TLC ke SWITZERLAND, JERMAN, AUSTRALIA, HONG KONG, HOLLAND, BELGIUM, VIETNAM, CHINA, LONDON, PARIS, DAN bulan 9 nanti ke KOREA... cuba u all ambik calculator dalam masa 4 thn kalau kita nak melancong ke destinasi2 tersebut berapa cost nye ye???

3) Semua insentif yg company sediakan semua beliau dah merasa... dan tiap2 tahun beliau berjaya melahirkan beberapa rakan kongsi berpangkat Crown Diamond Manager(CDM)

4) Antara kejayaan beliau & TLC:
- Menjadi penalist dalam rancangan Hujan TV9 sebab beliau pencetus revolusi membawa product PREMIUM BEAUTIFUL di FACEBOOK
- TLC dijemput pihak media untuk berkongsi pengalaman dalam majalah HIJABISTA dalam 8 KELUARAN BERTURUT-TURUT..
- TLC menarik perhatian pihak akhbar & televisyen no. 1 Malaysia iaitu BERITA HARIAN, THE STAR, NEWS STRAITS TIMES, KOSMO, RANCANGAN ASTR AWANI, TV3, TVI DAN BERNAMA...

5) Kejayaan beliau bukan saja mencuri perhatian media Malaysia malah terbaru beliau telah dipilih oleh sebuah majalah online terkemuka iaitu majalah "WORTHY MAGAZINE" DARI NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT.

6) Tahun 2013 Salha Zain dinobatkan gelaran IKON SOHONISTA MALAYSIA oleh DATO SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL... bagi membantu usahawan2 berniaga secara online... beliau juga menjadi tetamu & ahli panel bagi forum2 keusahawanan untuk SOHONISTA MALAYSIA...

Prinsip beliau NEVER SAY NEVER... memang membawa TLC ke tahap yg tinggi... dan menjadikan impian kami satu kenyataan...

Kesimpulannya... i & TLC memang bertuah...we are on the right track...!!!!.... kalau ada yg berminat nak tau lebih lanjut how we do and how we work, jangan segan jgn malu nak tanya... never to late... THANK YOU TLC!!!!!!!!!!!!!!!!!



Sabtu, 1 Jun 2013

Kelebihan Celgynic

Memang bagus dan dah terbukti pun celgynic ni..mungkin ada yang dah pernah dengar & mungkin ramai yang tak tahu tentang celgynic. OK kat sini aisyah nak kongsi tentang kebaikan celgynic.


Apa itu Celgynic.
Celgynic merupakan nutrien yang dihasilkan berasaskan sains perubatan zaman moden demi memenuhi keperluan nutrisi badan manusia. Ia adalah makanan kesihatan ideal yang  menggabungkan penggunaan ramuan nutrisi semulajadi yang tanpa sebarang bahan tambahan iaitu kuning telur dan pelbagai herba yang bernilai, pemprosesan menerusi teknologi tinggi, dan penambahan dengan pelbagai jenis nutrien.
 Antaranya kaya dengan kuning telur, asid lemak, pelbagai jenis bahan mineral seperti zink, kalsium, fosforus dan 7 elemen lain yang diperlukan serta bahan aktif. 
Ramuan Celgynic berkesan untuk mencantikkan wajah, anti penuaan dan meningkatkan metabolisme badan.

Apakah itu lesitin yang terkandung dalam Celgynic dan apa kebaikannya?
Nutrien lesitin yang terkandung dalam Celgynic adalah diekstrak daripada kuning telur. Ia merupakan unsur penting dalam pembentukan membran sel badan manusia. 
Kebaikannya lesitin :

  • Ia dapat memperbaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel terutamanya sel-sel otak, jantung, hati dan kelenjar
  • menjadikan sel seluruh badan lebih sihat
  • menurun dan menguraikan kolesterol dalam darah
  • melancarkan kapilari darah dan peredaran darah.

Adakah Celgynic dapat mengubati diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi?
Celgynic kaya dengan lesitin. Lesitin mempunyai fungsi mengemulsi dan mengurai lemak, mengurangkan masa lemak berada di dinding dalaman saluran darah, menggalakkan kehilangan plak arterosklerosis. 
Menurut kajian yang dijalankan, kesan kekurangan lesitin akan menyebabkan : 
* fungsi pankreas menurun
* kegagalan merembes insulin yang mencukupi
* mengakibatkan gula yang berlebihan berada dalam darah
* menyebabkan gula darah tinggi

Maka lesitin dapat membantu menyelaras gula darah, tekanan darah dan kolesterol badan.

Bolehkah Celgynic diganti dengan pengambilan sebiji telur kuning setiap hari?
Walaupun telur kuning kaya dengan lesitin, tetapi kandungan kolesterol dan lemak tak tepu di dalamnya juga sangat tinggi. Pengambilan yang terlalu banyak adalah tidak baik untuk kesihatan saluran darah jantung dan otak. Selain itu, Celgynic kaya dengan herba bernilai, dapat membekalkan pelbagai jenis unsur mineral dan unsur aktif untuk badan, dan amat bermanfaat untuk kesihatan.

Cara pengambilan Celgynic?
2 kali sehari selepas makan pagi dan malam, 
4 - 6 biji setiap kali.

Golongan yang perlu mengambil Celgynic?
Mereka yang mempunyai daya keimunan yang rendah, warga tua, pelupa serta mereka yang perlu menyelaras gula darah, tekanan darah dan kolesterol badan.

Golongan yang tidak perlu mengambil Celgynic?
Kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambil Celgynic.

Adakah Celgynic memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
Celgynic telah memperolehi kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Institut Pemeriksaan dan Penyeliaan Kebersihan Makanan China, boleh dijual secara sah di pasaran.

Ramuan utama
Egg yolk, Cordyceps Sinensis, Cortex Eucommia Unoides, Radix Panax Ginseng, Fructus Lycium Chinense, Herba Ganoderma Japonnicum
Keberkesanan  
  • Membaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel bagi    organ-organ badan manusia
  • Membolehkan sel memperoleh nutrisi dan oksigen yang cukup, menggalakkan kesihatan dan kecergasan sel 
  • Menurun dan menguraikan kolesterol yang terkumpul di saluran darah, melancarkan dan melembutkan saluran darah, menggalakkan peredaran darah, menyelaraskan tekanan darah
  • Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya keimunan
  • Menyelaras kelenjar rembesan badan manusia 
  • Menyingkirkan bahan pemerosot kesihatan, lemak teremulsi, menggalakkan metabolisme sel kulit, mencegah penuaan kulit 
  • Mengaktifkan sel otak, membaiki daya ingatan, meningkatkan keupayaan belajar 
  • Mempercepatkan daya penyembuhan kulit yang luka.

Produk celgynic ni memang halal. So don’t worry ye.

Satu lagi kelebihan Celgynic ni ia dapat membantu meningkatkan organ reproduksi lelaki. Apabila kadar kolestrol dapat dikawal , maka peredaran darah akan menjadi lancar & kadar metabolism tubuh badan pun akan meningkat. So ia dapat membantu meningkatkan tenaga.
 

Aisyah Zazuri
012-6529206