multilevel menu

Isnin, 6 Mei 2013

Rumpai Laut 'vs' BB Plus Collagen

Kecoh satu malaysia pasal artikel dari Sinar Harian berkenaan rumpai laut yang dijual berleluasa sekarang ni..Boleh klik gambar kat bawah untuk baca artikel penuh..



Setahu saya la memang rumpai laut ni tak mengandungi kolagen seperti yang digembar gemburkan sebab kolagen ni hanya terdapat pada haiwan dan terhasil secara semulajadi.

Satu lagi artikel dalam Berita Harian pula memberitahu keburukan rumpai laut sekiranya consumed secara berlebihan boleh membawa mudarat.


Setakat ini tiada sebarang kajian sains menunjukkan rumpai laut mengandungi kolagen.

Sebahagian iklan dan lebel bungkusan produk berasaskan rumpai laut Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti 'marine colagen', 'ibu kolagen'  atau 'kolagen mentah'. Adakah benar rumpai laut mengandungi kolagen?



Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen.

Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.

Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Jadi, menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.

Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen.

Bahan penting



Ia merupakan protein berstruktur terdiri dari kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan elastik yang menyokong kulit dan organorgan dalaman. Tulang dan gigi dibina dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen.

Jadi, secara umumnya kolagen merupakan sejenis protein yang bertanggungjawab menyumbang struktur kepada tubuh selain menjaga dan menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya pada tulang. Peningkatan usia ialah faktor pembinaan kolagen semakin berkurangan dari segi paras dan kualiti.

Kadar pembinaan kolagen berkurangan pada purata 1.5 peratus setiap tahun bermula pada umur 25-30. Apabila mencapai umur 45, jumlah paras kolagen berkurangan sebanyak 30 peratus. Kekurangan berterusan ini memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan kulit dan kuku.

Kolagen dibina dari asid-asid amino. Setelah rantai kolagen dibina, ia memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai proline kepada hydroxyproline iaitu molekul yang penting untuk kestabilan kolagen. Vitamin C diperlukan bagi membantu penambahan oksigen.

Kekurangan vitamin C akan mengurangkan pembinaan hydroxyproline dan memberhentikan pembinaan kolagen baru. 100 gram rumpai laut iaitu bekalan sebulan yang biasa diambil oleh kaum wanita hanya mengandungi lebih kurang 35 miligram vitamin C.

Pengambilan 1 miligram lebih vitamin C setiap hari ini dipercayai tidak mencukupi untuk membina hydroxproline. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan struktur kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan.

Menurut perspektif perubatan moden sariawan ialah sejenis penyakit dengan simptom-simptom termasuk gusi berdarah, kulit/bibir merekah (dan berdarah) serta lesu melampau.

Doktor tidak memberitahu anda (kerana mereka tidak tahu) bahawa sariawan sebenarnya berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri jantung, arteri karotid dan arteri (dan arteriol) dalam otak! Ketidakkukuhan kolagen dan kerosakan sel kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit berkedut.

Sebab itulah sebahagian pengeluar produk kecantikan menggabungkan kolagen dengan vitamin C. Oleh sebab kolagen juga berfungsi sebagai gam kepada sel-sel endotelia arteri maka produk berasaskan kolagen bukan sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum lelaki.

Produk-produk yang didakwa berasaskan kolagen memang benar-benar mengandungi kolagen. Yang peliknya hari ini ialah apabila sebahagian pengeluar dan pengiklan berani mendakwa rumpai laut atau produk berasaskan rumpai laut yang mereka peragakan mengandungi kolagen!

Ramai wanita yang bersungguh-sungguh mengamalkan pengambilan gel rumpai laut semata-mata kerana percaya ia mengandungi kolagen. Pengambilan pada dos yang sesuai dan secara berterusan memang didapati menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit. Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda?

Jawapannya ialah paras protein yang amat rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.

Hmm..daripada was-was baiklah ambil langkah selamat. Betul tak? sebab kita pun bukan tahu berapa banyak yang kita ambil tu berlebihan atau tak kan? Jadi boleh la ambil BB Plus sebagai pengganti..;)

Kenapa BB Plus?

BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai KOlagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan penggunaan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

Penggunaan

Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantuk dan mulus.

Senangkan? 1 hari 1 paket sahaja untuk mendapatkan kulit yang sihat dan mulus :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan