multilevel menu

Rabu, 15 Mei 2013

Seminar Power Start

Jumaat, 10 Mei 2013

Perasaan yang cukup tidak sabar untuk menuntut ilmu pada hari esoknya...Nak menuntut ilmu punya pasal aisyah tinggalkan suami dan anak selama 2 malam...Kadang-kadang kita perlukan pengorbanan untuk mencapai impian kita...Aisyah naik bas pada pukul 2ptg dan sampai ke TBS Kuala Lumpur pada pukul 7mlm..Aisyah pergi ke Kuala Lumpur bersama seorang rakan kongsi Azura Kamis yang tidak sabar nak memcari ilmu 2 hari ini..Mesti ingat Aisyah dan Azura tidak ada tanggungjawab dan komitmen pada keluarga macam orang lain, padahal kami ada anak dan suami juga...Tapi kami pegang satu sahaja kata-kata leader kami, "Nak berjaya perlu ada pengorbanan barulah kita dapat rasai kemanisan dipenghujungnya"



Sabtu, 11 Mei 2013

Hari pertama seminar kami, rasa "excited" sehinggakan bangun seawal pagi 5.30pg...Sebab seminar itu bermula pada pukul 8pg jadi kami tidak mahu tertinggal satu slot pun daripada "speakers" yang cukup hebat.

Bakal CDM Hane Hassan dengan tajuk TAKWIM... Very sharp and straight to the point presentation. 
 Bakal CDM Nur Fadzliah dengan tajuk Namelist, FORMH dan TeeUp. Padat dengan infodalam masa yang singkat.
RolePlay How To Sponsor and PowerClose yang telah disampaikan dengan speaker cukup hebat CDM Hazawani Che Halin.
Bakal DDM Ieda Rani, perkongsian dari ILMU PURE B32 dari hati ke hati. Bergenang2 airmata yang mendengar. Leader yang cukup hebat dan amat memahami sikap dan masalah rakan kongsinya...

Ahad, 12 Mei 2013

Perkongsian yang hebat dari bakal CDM Izyan Liyana. Truly a power seller of Premium Beautiful cash buyer. Yang dah pakai Premium Beautiful pun rase nak beli lagi satu set. Korset Superbrand dan warranty seumur hidup siapa yang tak nak kan...Aisyah sendiri kalau tak pakai sehari pun dah rasa macam tak best je.. 
Bakal DDM Siti Alwiah Daud berkongsi Biozone Food Purifier. Apabila Aisyah dengar sendiri cara menjaga kebersihan makanan melalui Biozone Food Purifier terasa macam tidak boleh makan di luar...terfikir yang makan ayam, ikan, sayur dah purifier belum...

Our beloved CDM KAMIKAZE Salha Mohd Zain dengan tajuk BUKTI. Satu Bukti mampu mengalahkan Seribu Kata-kata. Tiada lain yang lebih beliau inginkan melainkan mahu melihat semua rakan-rakan kongsi di bawah TLC menjadi LEBIH HEBAT dan LEBIH BERJAYA dari beliau sendiri. Semoga semangat KAMIKAZE beliau dapat meresap masuk ke dalam jiwa kita SEMUA.Kak Salha Mohd Zain adalah ikon kami semua..


 
Melastik ke Bintang, Memburu Impian. Kalau dulu beliau dikenali sebagai Pakar Strategi sekarang beliau sudah take challenge dan jadi Pakar Motivasi. Kata-kata dan bukti kejayaan beliau sentiasa menjadi pembakar semangat utk terus berjuang. Terima kasih yang tak terhingga buat mentor, sifu dan idola TLC & B32, Multimillionaire CDM Haji Azlan Deraman atas suntikan ILMU & SEMANGAT semalam. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa Abg Lan.

SEMUA peserta Seminar PowerStart!

Isnin, 6 Mei 2013

Rumpai Laut 'vs' BB Plus Collagen

Kecoh satu malaysia pasal artikel dari Sinar Harian berkenaan rumpai laut yang dijual berleluasa sekarang ni..Boleh klik gambar kat bawah untuk baca artikel penuh..



Setahu saya la memang rumpai laut ni tak mengandungi kolagen seperti yang digembar gemburkan sebab kolagen ni hanya terdapat pada haiwan dan terhasil secara semulajadi.

Satu lagi artikel dalam Berita Harian pula memberitahu keburukan rumpai laut sekiranya consumed secara berlebihan boleh membawa mudarat.


Setakat ini tiada sebarang kajian sains menunjukkan rumpai laut mengandungi kolagen.

Sebahagian iklan dan lebel bungkusan produk berasaskan rumpai laut Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti 'marine colagen', 'ibu kolagen'  atau 'kolagen mentah'. Adakah benar rumpai laut mengandungi kolagen?



Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen.

Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.

Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen. Jadi, menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.

Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen.

Bahan penting



Ia merupakan protein berstruktur terdiri dari kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan elastik yang menyokong kulit dan organorgan dalaman. Tulang dan gigi dibina dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen.

Jadi, secara umumnya kolagen merupakan sejenis protein yang bertanggungjawab menyumbang struktur kepada tubuh selain menjaga dan menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya pada tulang. Peningkatan usia ialah faktor pembinaan kolagen semakin berkurangan dari segi paras dan kualiti.

Kadar pembinaan kolagen berkurangan pada purata 1.5 peratus setiap tahun bermula pada umur 25-30. Apabila mencapai umur 45, jumlah paras kolagen berkurangan sebanyak 30 peratus. Kekurangan berterusan ini memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan kulit dan kuku.

Kolagen dibina dari asid-asid amino. Setelah rantai kolagen dibina, ia memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai proline kepada hydroxyproline iaitu molekul yang penting untuk kestabilan kolagen. Vitamin C diperlukan bagi membantu penambahan oksigen.

Kekurangan vitamin C akan mengurangkan pembinaan hydroxyproline dan memberhentikan pembinaan kolagen baru. 100 gram rumpai laut iaitu bekalan sebulan yang biasa diambil oleh kaum wanita hanya mengandungi lebih kurang 35 miligram vitamin C.

Pengambilan 1 miligram lebih vitamin C setiap hari ini dipercayai tidak mencukupi untuk membina hydroxproline. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan struktur kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan.

Menurut perspektif perubatan moden sariawan ialah sejenis penyakit dengan simptom-simptom termasuk gusi berdarah, kulit/bibir merekah (dan berdarah) serta lesu melampau.

Doktor tidak memberitahu anda (kerana mereka tidak tahu) bahawa sariawan sebenarnya berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri jantung, arteri karotid dan arteri (dan arteriol) dalam otak! Ketidakkukuhan kolagen dan kerosakan sel kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit berkedut.

Sebab itulah sebahagian pengeluar produk kecantikan menggabungkan kolagen dengan vitamin C. Oleh sebab kolagen juga berfungsi sebagai gam kepada sel-sel endotelia arteri maka produk berasaskan kolagen bukan sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum lelaki.

Produk-produk yang didakwa berasaskan kolagen memang benar-benar mengandungi kolagen. Yang peliknya hari ini ialah apabila sebahagian pengeluar dan pengiklan berani mendakwa rumpai laut atau produk berasaskan rumpai laut yang mereka peragakan mengandungi kolagen!

Ramai wanita yang bersungguh-sungguh mengamalkan pengambilan gel rumpai laut semata-mata kerana percaya ia mengandungi kolagen. Pengambilan pada dos yang sesuai dan secara berterusan memang didapati menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit. Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda?

Jawapannya ialah paras protein yang amat rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.

Hmm..daripada was-was baiklah ambil langkah selamat. Betul tak? sebab kita pun bukan tahu berapa banyak yang kita ambil tu berlebihan atau tak kan? Jadi boleh la ambil BB Plus sebagai pengganti..;)

Kenapa BB Plus?

BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai KOlagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan penggunaan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

Penggunaan

Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantuk dan mulus.

Senangkan? 1 hari 1 paket sahaja untuk mendapatkan kulit yang sihat dan mulus :-)

Rabu, 1 Mei 2013

Aktiviti 1 Mei 2013

Firstly aisyah nk ucapakan "Selamat Hari Pekerja" bagi mereka yang bekerja di jabatan awam mahupun swasta. Pada hari cuti umum macam ini aisyah akan banyak habiskan masa bersama suami dan anak.

Gambar sebelum kami nak bergerak pergi ke rumah adik ipar di Larkin.

 Bersama ankku Syahimie dan ank buah yang paling kecil buat masa sekarang Fathul Islam.
Cik abg ku ini teringin nak baby lagi ni...yelah anak yang sulung pun dah 3 tahun hujung tahun ini..InsyaAllah ada rezeki aisyah terima..Aisyah pun teringin juga nak baby lagi ni...hehehehe..
Ok lah setakat ini sahaja coretan dan aktiviti aisyah utk 1 Mei kali ini...Esok semua akan mulakan bekerja macam biasa, so lakukan kerja anda semua dengan penuh keikhlasan dan berdedikasi.